Utusan Borneo (Sarawak)

108 PATI ditahan walaupun cuba melarikan diri

Serbuan Ops Ikrar dilakukan di sebuah kawasan perusahaan kayu balak di Tanjung Manis, Sibu baru-baru ini

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menahan 108 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Ikrar di sebuah kawasan perusahaan kayu balak di Tanjung Manis, Sibu barubaru ini.

Pengarahny­a Ken Leben berkata operasi yang disertai gabungan Bahagian Penguatkua­saan JIM Kuching, Sibu, Sarikei dan Sri Aman itu dimulakan jam 8 pagi membabitka­n 85 pegawai dan anggota yang diketuai Timbalan Penolong Penguasa Kanan (TPPK) Mehuen Runies.

Dalam serbuan itu, katanya seramai 120 orang diperiksa membabitka­n sembilan lelaki warga tempatan, 70 lelaki dan 39 wanita warga Indonesia, seorang lelaki Bangladesh serta seorang warga India.

“Semasa serbuan dilakukan, kesemua warga asing tersebut sedang bekerja namun menyedari kehadiran pihak penguat kuasa, ramai antara mereka cuba melarikan diri.

“Ada yang bersembuny­i di sebalik timbunan kayu lapis, naik ke atas bumbung dan tidak kurang juga yang melarikan diri ke dalam belukar dan hutan berhampira­n,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ken berkata ketangkasa­n pegawai operasi telah berjaya mematahkan niat warga asing yang cuba meloloskan diri daripada ditangkap.

Hasil pemeriksaa­n lanjut, seramai 108 daripada jumlah yang diperiksa disyaki melanggar peraturan-peraturan serta Akta Imigresen.

Antaranya, 38 lelaki serta 23 wanita Indonesia didapati tinggal lebih masa setelah tamat tempoh pas dan mereka ditahan di bawah Seksyen 15( 1)( c) Akta Imigresen 1959/1963.

Semasa serbuan dilakukan, kesemua warga asing tersebut sedang bekerja namun menyedari kehadiran pihak penguat kuasa, ramai antara mereka cuba melarikan diri. Ken Leben Pengarah JIM Sarawak

Sementara itu, seramai 39 warga Indonesia, termasuk dua warga Bangladesh dan India turut ditahan selepas disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)( c) akta yang sama kerana gagal mengemukak­an dokumen perjalanan diri yang sah.

JIM Sarawak juga berjaya menahan dua lelaki warga Indonesia kerana melakukan kesalahan di bawah Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 manakala enam lagi ditahan kerana bekerja tanpa permit yang sah dan membawa kepada kesalahan di bawah Perkara 11(7)(a) peraturan yang sama.

Ken mendedahka­n bahawa seramai empat wakil majikan telah dikeluarka­n saman saksi bagi membantu siasatan selanjutny­a.

Pada hari sama, JIM Sarawak turut melakukan serbuan di dua premis hiburan berikutan aduan awam yang terima di kawasan bandar Sibu.

Bagaimanap­un, dalam pemeriksaa­n tersebut, tiada tangkapan dilakukan memandangk­an kesemua pekerja warga asing memiliki permit kerja yang sah laku.

Ken menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkomprom­i dalam pelaksanaa­n tugas penguatkua­saan.

“Pihak imigresen tidak memberi muka kepada manamana individu serta majikan yang berkomplot dalam mengambil pekerja asing tanpa permit yang sah serta melindungi PATI.

“Jangan main-main dengan pihak imigresen kerana tindakan undang-undang pasti diambil terhadap mereka yang bersalah,” tegasnya.

Kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Semuja bagi tujuan siasatan lanjut.

 ??  ?? DITAHAN: Ken ketika melawat dan melihat tahanan imigresen.
DITAHAN: Ken ketika melawat dan melihat tahanan imigresen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia