Utusan Borneo (Sarawak)

Dua penganggur diberkas, dadah dirampas polis

-

MIRI: Dua penganggur diberkas dan sejumlah dadah dirampas hasil serbuan polis ke sebuah rumah di Krokop, di sini kelmarin.

Berikutan tangkapan itu, kedua- dua suspek berusia 31 dan 18 tahun kemudian dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri untuk tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Suprintend­en Stanley Jonathan Ringgit dalam kenyataan semalam mengesahka­n tangkapan dan rampasan berhubung kes itu.

Katanya bertindak atas maklumat sepasukan polis BSJND Miri diketuai Inspektor Wikkram Sandra melakukan serbuan ke sebuah rumah di Lorong 8, Krokop di sini.

Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari, 8 Oktober lalu polis menahan dua lelaki yang berada di ruang tamu rumah terbabit.

Polis membuat pemeriksaa­n fizikal ke atas kedua-dua suspek tidak menjumpai barang menyalahi undang-udang.

“Manakala hasil pemerik- saan lanjut di rumah terbabit, polis menjumpai satu sampul surat diletakkan di atas sebuah meja kopi di ruang tamu rumah terbabit.

“Apabila diperiksa didapati sampul surat itu mengandung­i 35 peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal dipercayai dadah berbahaya jenis syabu dengan berat kasar 12 gram,” katanya.

Sehubungan itu, barang disyaki dadah kemudian dirampas untuk dijadikan barang kes dan kedua-dua suspek ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah secara kecil-kecilan.

Manakala hasil ujian saringan air kencing mereka turut menunjukka­n kesan positif dadah jenis methamphet­amine.

Justeru, kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Hasil siasatan polis mendapati suspek pertama mempunyai rekod kesalahan lampau serta pernah ditangkap di bawah dua seksyen tersebut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia