Utusan Borneo (Sarawak)

Judi: Tiga lelaki asing antara tujuh ditahan

-

LIMBANG: Tiga lelaki asing antara tujuh individu ditahan ketika leka bermain judi holo di kedai lama Tedungan di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata operasi tertumpu di kawasan sempadan Tedungan di sini bermula jam 3 petang hingga 10 malam.

“Dalam operasi itu, kami menahan tujuh lelaki ketika bermain judi holo di kedai lama Tedungan.

“Hasil pemeriksaa­n pelbagai peralatan digunakan untuk judi holo dirampas termasuk wang tunai RM105, wang tunai Brunei bernilai BRD51, kain tertera gambar ayam, harimau, udang, ikan dan ketam bersama tin penggoncan­g dan tiga biji dadu,” katanya di sini semalam.

Mohd Bukhori berkata, tangkapan dan barangan rampasan kemudianny­a dibawa balik ke pejabat Jabatan Siasatan jenayah (JSJ) IPD Limbang untuk siasatan di bawah Seksyen 7( 1) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

Beliau memberitah­u, seorang lelaki berbangsa Cina turut ditahan di hadapan sebuah kedai makan di pasar Tedungan petang Ahad lalu.

Lelaki terbabit ditahan jam 3.45 petang bertindak atas maklumat penjualan nombor ekor haram di hadapan kedai makan pasar Tedungan.

“Kami juga berjaya merampas enam keping kertas putih tertera angka, sebuah mesin pencetak, empat telefon bimbit dan pelbagai peralatan digunakan untuk judi ekor,” ujarnya.

Katanya wang tunai berjumlah RM665 dan mata wang Brunei berjumlah BRD111 turut dirampas.

Sementara itu, dalam operasi berasingan sekitar pasar Tedungan, pihaknya menahan seorang lelaki berbangsa Cina berusia 28 tahun kerana disyaki terlibat kegiatan judi ekor.

“Pelbagai peralatan disyaki digunakan untuk tujuan judi ekor dirampas selain wang tunai berjumlah RM624 dan wang tunai Brunei bernilai BRD168,” katanya.

Kes-kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia