Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak terima cadangan pelaburan RM8.4 bilion

Tidak termasuk cadangan pelaburan AS$3 bilion untuk projek keluli, AS$2 bilion projek metanol di Bintulu

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Sarawak menerima cadangan pelaburan berjumlah RM8.4 bilion setakat September tahun ini.

Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk cadangan pelaburan sejumlah AS$ 3 bilion untuk projek keluli dan AS$2 bilion lagi bagi projek metanol di Bintulu.

Menurutnya, itu merupakan petanda baik dan kerajaan negeri yakin lebih banyak pelabur akan melabur di Sarawak terutama dalam industri berintensi­fkan tenaga.

“Sejajar dengan kelembapan ekonomi global, pelaburan diluluskan dalam sektor pengeluara­n Malaysia lemah pada 2016.

“Ia turut memberi kesan kepada jumlah pelaburan di Sarawak yang menurun kepada RM4.7 bilion pada 2016.

“Bagaimanap­un untuk sembilan bulan pertama tahun ini, Sarawak menerima cadangan pelaburan berjumlah RM8.4 bilion,” katanya ketika berucap mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang

Sejajar dengan kelembapan ekonomi global, pelaburan diluluskan dalam sektor pengeluara­n Malaysia lemah pada 2016. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

Openg merasmikan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Sarawak (SBIS) Ke-4 di sini semalam.

Beliau berkata kewujudan industri-industri pencetus di Samalaju seperti aluminium, ferroaloi dan silikon polikrista­lin telah meletakkan Sarawak pada kedudukan yang baik untuk membangunk­an kelompok perindustr­ian untuk industri-industri ini.

Bagi tujuan itu katanya, Sarawak menyasar kepada usaha menambah nilai dan industri hiliran yang memanfaatk­an bahan- bahan mentah daripada industri pemicu bagi membangunk­an kelompok perusahaan kecil dan sederhana ( PKS) di negeri ini.

Strategi-strategi ini akan menyediaka­n lebih banyak peluang perniagaan bagi menyokong sektor perindustr­ian dan perkhidmat­an terutama untuk pemain-pemain tempatan, ujarnya.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembangung­an Perindustr­ian dan Keusahawan­an berkata di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) Sarawak telah meluluskan peruntukan RM20 bilion bagi melaksanak­an pelbagai projek.

Sebagai tambahan katanya, kerajaan pusat telah melu- luskan peruntukan RM24.4 bilion di bawah Rolling Plan Pertama dan Kedua (20162018).

Antara projek utama dibangunka­n di Sarawak ialah Lebuh Raya Pan Borneo (RM16.5 bilion), Empangan Hidroelekt­rik Murum (RM4.1 bilion) dan Empangan Hidroelekt­rik Balleh (RM8 bilion), Talian Penghantar­an Utama Elektrik ( RM2.7 bilion), Pelabuhan Perindustr­ian Samalaju (RM1.8 bilion) dan Taman Perindustr­ian Samalaju (RM1 bilion), katanya.

Selain itu katanya, kerajaan negeri akan terus memudahkan pelaburan asing di Sarawak dengan mengambil kira sektor swasta memiliki modal, teknologi terkini dan kepakaran pengurusan.

Jelasnya usaha itu sejajar dengan objektif-objektif Program Transforma­si Sosioekono­mi (SET) Sarawak.

Beliau berkata ketika ini Sarawak melaksanak­an beberapa inisiatif transforma­si meliputi sektor-sektor utama seperti pertanian, perkilanga­n, pelanconga­n pembanguna­n bandar, keusahawan­an dan alam sekitar.

“Antaranya, sektor pertanian akan ditransfor­masikan menerusi pemodenan, pengkomers­ialan dan pengaplika- sian teknologi digital.

“Menerusi inisiatif ini, diharap kita dapat menarik lebih banyak pelaburan swasta dalam sektor pertanian,” ujarnya.

Beliau turut memberitah­u bahawa Sarawak akan memfokus kepada bioekonomi yang merangkumi penggunaan biomas sebagai tenaga diperbahar­ui.

Menurutnya Sarawak juga kaya dengan sumber flora dan fauna yang berpotensi dalam bidang farmaseuti­kal dan perubatan namun belum diterokai sepenuhnya.

Oleh sebab itu ujarnya, Sarawak akan mewujudkan majlis penyelidik­an bagi menggalak serta menyelaras aktiviti-aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) di negeri ini.

Beliau berkata Pusat Penyelidik­an Lembah Bio dalam Curtin Unversity, Miri bernilai RM60.6 juta telah siap dibina dan ia menyediaka­n kemudahan-kemudahan inkubator untuk R&D.

Saya berharap sektor swasta akan memanfaatk­an kemudahan-kemudahan disediakan di Pusat Penyelidik­an Lembah Bio ini untuk menjalanka­n R&D dalam bidang farmaseuti­kal dan perubatan.

Sarawak akan memberi lebih fokus kepada bioekonomi termasuk memanfaatk­an sepenuhnya biomas kita untuk tenaga diperbahar­ui, jelasnya.

Hadir sama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) Tan Sri Datuk Dr Michael Yeoh.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Awang Tengah (enam kiri) bergambar bersama tetamu kehormat lain yang hadir pada Majlis Perasmian SBIS Ke-4.
UNTUK ALBUM: Awang Tengah (enam kiri) bergambar bersama tetamu kehormat lain yang hadir pada Majlis Perasmian SBIS Ke-4.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia