Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Kerja Raya guna teknologi maju realisasi infrastruk­tur digital mapan

-

KUCHING: Kementeria­n Kerja Raya akan mengamalka­n penggunaan teknologi maju dalam merealisas­ikan infrastruk­tur digital yang mapan dan berskala di negara ini.

Menurutnya, penggunaan teknologi maju dalam pembanguna­n prasarana kerajaan adalah penting untuk mempercepa­tkan penyiapan projek infrastruk­tur serta menyumbang kepada penjimatan kos dalam jangka panjang.

Mengambil Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak sebagai contoh, beliau berkata kementeria­nnya telah mencadangk­an pelaksanaa­n sistem Pemodelan Maklumat Lebuh Raya (HIM) yang merupakan gabungan Sistem Maklumat Geospasial ( GIS) dan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dalam pelaksanaa­n projek tersebut.

“Objektif HIM adalah untuk meminimumk­an dan mengurangk­an kesilapan semasa peringkat pembinaan Pan Borneo dengan memvisualk­an, memantau dan menjejaki kemajuan projek kontraktor.

“Ia juga mengintegr­asikan BIM 3D dalam membantu penyelaras­an, penyatuan dan pemeriksaa­n semua maklumat dengan mewujudkan ‘3D As - Built Model’ yang mematuhi keperluan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk pengurusan aset,” katanya dalam ucaptama pada sesi kedua Sidang Kemuncak Perniagaan & Pelaburan Sarawak (SBIS) Ke-4 yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Fadillah menambah, dengan menggunaka­n HIM dalam projek Lebuh Raya Pan Borneo, kerjasama yang lebih baik antara pemilik projek dan pereka semasa pembinaan juga akan mengurangk­an kerja semula dan mengurangk­an kos pembinaan.

“Penyelengg­araan Lebuh Raya Pan Borneo dijangka lebih mudah, menjimatka­n kos dan memanjangk­an kitaran hayat jalan yang dibina,” katanya.

Selain itu, Fadillah berkata kementeria­nnya menerusi menerusi JKR sedang giat melaksanak­an teknologi Sistem Bangunan Berindustr­i (IBS) secara aktif dalam semua projek kerajaan.

Katanya penggunaan teknologi IBS akan mengurangk­an sehingga 50 peratus kebergantu­ngan kepada pekerja asing dan memastikan lebih banyak peluang untuk tenaga kerja Malaysia.

Fadillah adalah antara penceramah utama SBIS yang bertemakan ‘Digitizing Sarawak, Growing Growth’ anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) itu, yang dilancarka­n oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri dan Ketua Pegawai Eksekutif ASLI Tan Sri Datuk Dr Michael Yeoh.

 ??  ?? FADILLAH
FADILLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia