Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan pusat diyakini bayar balik kos baik pulih, bina sekolah usang

-

KUCHING: Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh yakin kerajaan pusat akan membayar balik kos ditanggung kerajaan negeri untuk membaik pulih atau membina semula sekolah- sekolah usang di Sarawak.

“Kalau kerajaan pusat tidak mampu membayar balik, kita akan kontra tetapi prosedur perakaunan perlu dipatuhi dan kita akan meneliti perkara ini.

“Bagaimanap­un saya berharap perkara ini tidak akan berlaku. Sudah tentu kerajaan persekutua­n akan membayar balik kepada kita, saya berpendapa­t demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Sarawak (SBIS) di sini semalam.

Wong yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai cadangan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg iaitu kerajaan negeri akan membina semula atau membaik pulih sekolahsek­olah usang di Sarawak mengguna dana sendiri dan kerajaan pusat akan membayar balik kos ditanggung bagi tujuan itu.

Beliau turut memaklumka­n bahawa Sarawak perlu mematuhi arahan Perbendara­haan dan menyifatka­n proses itu bukan suatu yang mudah.

Pada Mac 2016, Wong dipetik oleh sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris sebagai berkata, jumlah hutang terkumpul Sarawak dalam bentuk pinjaman dengan kerajaan persekutua­n berjumlah RM2.5 bilion.

Beliau berkata ia adalah kelaziman bagi kerajaan negeri memohon pinjaman bagi tujuan pembanguna­n selain daripada peruntukan dan geran yang biasa diberikan oleh kerajaan persekutua­n.

“Jumlah pinjaman RM2.5 bilion merupakan jumlah terkumpul disediakan oleh kerajaan pusat untuk kerajaan negeri.

“Ia dalam bentuk pinjaman dengan syarat bayar balik yang mudah dan kadar bunga rendah berbanding pinjaman komersil dan tempoh bayar balik yang panjang,” katanya.

Menurut beliau, wang daripada pinjaman itu telah digunakan bagi tujuan produktif untuk menyokong pembanguna­n ekonomi di Sarawak.

Katanya, setakat ini Sarawak mempunyai rekod bayar balik pinjaman yang baik dengan Putrajaya.

Ketika itu Parlimen melaporkan Sarawak berada di kedudukan ketiga dalam kalangan negeri di Malaysia yang berhutang dengan kerajaan persekutua­n.

Laporan sama menyatakan bahawa Pahang di kedudukan pertama dengan hutang berbaki RM2.9 bilion diikuti Sabah (RM2.6 bilion).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia