Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP ‘direstui’ bertanding tujuh kerusi tradisi

Kerusi itu ialah Parlimen Sibu, Lanang, Miri, Serian, Bandar Kuching, Stampin dan Sarikei

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian mendedahka­n bahawa parti itu ‘direstui’ pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Pusat bertanding di tujuh kerusi tradisinya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Kerusi tradisi milik SUPP ialah Parlimen Sibu, Lanang, Miri, Serian, Bandar Kuching, Stampin dan Sarikei.

“Mesyuarat tertinggi empat parti komponen BN bersama ahli Majlis Tertinggi BN Pusat dan pengerusi BN peringkat negeri serta pusat pada 8 September lalu bersetuju SUPP diberi kepercayaa­n mengekalka­n kerusi tradisi miliknya pada PRU akan datang.

“Tambahan pula pengerusi BN Negeri bersetuju dengan keputusan tersebut dan begitu juga kerusi tradisi komponen parti lain.

“Ini bukan saya cakap tetapi Ketua Menteri bersetuju berbuat demikian sebab keputusan adalah diputuskan oleh pengerusi BN Pusat iaitu Perdana Menteri.

“Jadi, berdasarka­n keputusan mesyuarat tersebut tidak keterlalua­n kami sudah ‘direstui’ bertanding di tujuh

Mesyuarat tertinggi empat parti komponen BN bersama ahli Majlis Tertinggi BN Pusat dan pengerusi BN peringkat negeri serta pusat pada 8 September lalu bersetuju SUPP diberi kepercayaa­n mengekalka­n kerusi tradisi miliknya pada PRU akan datang. Datuk Dr Sim Kui Hian Presiden SUPP

kerusi tersebut,” katanya berucap di hadapan lebih 2,000 hadirin pada Sambutan Perayaan Kuih Bulan di Sekolah Menengah (SM) Citizen, Stabau di sini malam kemarin.

Majlis tersebut anjuran SUPP Bukit Assek dan Dudong turut dihadiri parti komponen BN di kawasan Parlimen Lanang.

Hadir sama Bendahari SUPP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hing, Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Tiang, Pengerusi SUPP Dudong Datuk Dr Soon Choon Teck, Penyelaras BN Parlimen Lanang Chieng Buong Toon, Penyelaras BN Parlimen Sibu Kaunselor Robert Lau, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai, tiga calon berpotensi SUPP kerusi Parlimen Lanang Kelvin Kong, Kaunselor Joseph Chieng dan Wong Ching Yong serta ahliahli parti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu memberitah­u, sebelum ini beliau pernah menyentuh perkara sama namun diputarbel­itkan segelintir pihak yang mempunyai kepentinga­n politik tertentu.

Katanya, beliau hanya menyampaik­an keputusan diperolehi semasa mesyuarat tersebut dan keputusan itu bukan dibuat oleh beliau sendiri.

“Saya hanya menyam- paikan apa yang benar dan bukan rekaan semata-mata,” jelasnya.

Sementara itu, ADUN Batu Kawah itu yakin BN mampu merampas kerusi Parlimen Lanang pada PRU14 akan datang.

Jelasnya, Lanang sudah ketinggala­n sejak lima tahun lalu dan amat memerlukan momentum pembanguna­n.

“Penduduk di Lanang dapat merasai apa yang mereka perolehi di bawah pembangkan­g sejak lima tahun lalu.

“Terdapat beberapa kekurangan sebenarnya harus diselesaik­an. Saya juga dapat merasakan kekurangan tersebut iaitu masalah telekomuni­kasi seperti di tempat majlis kita ini,” katanya.

Justeru, beliau menggesa penduduk Lanang agar beralih sokongan kepada BN dengan menyokong calon SUPP pada PRU14 nanti.

“Tiada parti lain selain BN dapat membantu membangunk­an taraf kehidupan rakyat.

““Saya harap kita mampu merampas kerusi Lanang dan Sibu pada PRU14,” katanya.

Terdahulu, Kelvin mahu memfokus serta memperjuan­g empat masalah utama di Lanang sekiranya beliau terpilih menjadi calon seterusnya memenangi kerusi Parlimen Lanang.

“Empat masalah utama di Lanang ialah banjir, kekurangan kemudahan kesihatan, dewan, telekomuni­kasi/In- ternet serta mewujudkan zon industri.

“Itulah perkara yang akan saya perjuangka­n sekiranya saya menjadi wakil rakyat di Lanang.

“Biarlah isu-isu diperjuang­kan itu memberi kesan kepada kehidupan kita berbanding berjuang terhadap isu-isu lain yang dilihat kurang penting,” katanya.

Pada majlis itu, Dr Sim turut menyampaik­an dana kerajaan kepada beberapa sekolah Cina.

 ??  ?? BERSATU: Dr Sim (tengah) mengetuai penyokong parti melaungkan slogan ‘Sa’ati’ pada Sambutan Perayaan Kuih Bulan di Sibu, malam kelmarin.
BERSATU: Dr Sim (tengah) mengetuai penyokong parti melaungkan slogan ‘Sa’ati’ pada Sambutan Perayaan Kuih Bulan di Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia