Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia jadi tumpuan pelancong kerana aman dan selamat

-

SRI AMAN: Malaysia sebuah negara menjadi tumpuan pelancong kerana merupakan negara terkenal dengan keamanan dan selamat untuk dikunjungi.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata Malaysia terkenal dengan pelbagai adat serta kebudayaan dan perpaduan pelbagai kaum.

“Kewujudan inilah menjadikan Malaysia dilihat sebagai sebuah negara unik kerana rakyatnya hidup secara aman dan bertoleran­si.

“Setiap pelancong pastinya menceritak­an kebaikan negara dan keramahan rakyatnya apabila pulang ke destinasi masing- masing,” katanya pada Majlis Makan Malam Perayaan Kuih Bulan 2017 anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Simanggang di sini malam kelmarin. Teks ucapannya dibacakan wakilnya Kapitan Tiong Chong Onn.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Simanggang itu berkata, pelancong berkunjung ke negara ini tidak pernah meragui perpaduan dan keramahan masyarakat berbilang bangsa.

“Di Sarawak tidak kurangnya di mana perpaduan kaum wujud sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

“Rakyat sentiasa menghormat­i antara satu sama lain dan terbukti apabila setiap perayaan diraikan bersama,” katanya.

Hadir sama Pemanca Michael John Sanggop, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Kaunselor Andar Suntai, Kapitan Tay Yaw Ming, Kapitan Kiew Si Ted dan Kaunselor Tan Eng Siang.

Majlis itu turut dimeriahka­n dengan acara memotong kek kuih bulan dan Pertanding­an Pasangan Suami Isteri.

 ??  ?? TAHNIAH: Tiong (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang Pertanding­an Pasangan Suami Isteri.
TAHNIAH: Tiong (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang Pertanding­an Pasangan Suami Isteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia