Utusan Borneo (Sarawak)

LAK diingat jaga infrastruk­tur dan kemudahan awam selepas siapkan kerja

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang mengingatk­an Lembaga Air Kuching (LAK) supaya menjaga infrastruk­tur dan kemudahan awam selepas menyiapkan kerja- kerja mereka.

Jelas Lo yang juga pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP), beliau menerima banyak aduan daripada orang awam di kawasannya berhubung kualiti kerja yang dilaksanak­an oleh LAK ketika membaiki infrastruk­tur dan kemudahan perpaipan.

Antara aduan yang banyak diterima daripada orang awam ialah jalan tidak diturap dengan baik dan jalan rosak selepas kerja-kerja perpaipan dijalankan oleh LAK.

“Orang awam mempunyai hak untuk mengadu mengenai kerosakan jalan atau kotor di kawasan yang mereka diami.

“Jadi, LAK mesti melakukan lebih daripada kerja-kerja perpaipan kerana menjaga infrastrut­ur dan kemudahan juga adalah tanggungja­wab mereka,” katanya selepas memeriksa keadaan jalan di Jalan Semaba di sini semalam.

Tambah Lo, beberapa bahagian di kawasan itu terutama jalan utama rosak disebabkan kerja-kerja perpaipan oleh LAK baru-baru ini.

Justeru, beliau mahu LAK mendapatka­n dan melantik kontraktor yang bertanggun­gjawab untuk menjalanka­n kerja mereka untuk projek akan datang.

Kontraktor yang tidak bertanggun­gjawab tidak sepatutnya dilantik lagi dan LAK katanya, perlu mengenal pasti kontraktor yang tidak hanya boleh melakukan kerja perpaipan tetapi juga pemulihan selepas kerja siap.

Selain itu, Lo turut berharap LAK akan faham mengapa beliau membuat aduan mengenai kualiti kerja pemulihan yang dijalankan oleh lembaga untuk orang awam.

“Sebagai wakil kerajaan, kita mesti pastikan bahawa kita melakukan kerja dengan baik untuk rakyat.

“Saya harap LAK akan memperbaik­i kualiti kerja mereka pada masa akan datang,” katanya.

Turut serta dalam lawatan itu, Jurutera Eksekutif Kanan LAK Teo Seo Lin, ahli-ahli majlis, pemimpin masyarakat dan yang lain.

 ??  ?? PERLU DIPERBAIKI: Lo (tujuh kiri) menunjuk ke arah salah satu bahagian di Jalan Semaba yang rosak ketika lawatan ke kawasan itu semalam. Turut kelihatan bersama beliau pegawai-pegawai LAK serta yang lain.
PERLU DIPERBAIKI: Lo (tujuh kiri) menunjuk ke arah salah satu bahagian di Jalan Semaba yang rosak ketika lawatan ke kawasan itu semalam. Turut kelihatan bersama beliau pegawai-pegawai LAK serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia