Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak biarkan rakyat berdepan kesukaran sendirian

-

MIRI: Kerajaan tidak sama sekali membiarkan rakyat berdepan kesukaran termasuk bencana alam tanpa menghulurk­an bantuan dan merancang langkah penyelesai­an.

Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang berkata permasalah­an rakyat tetap mendapat perhatian kerajaan yang bertindak menerusi agensi-agensi di kawasan mereka.

“Kerajaan tidak lupa rakyat dengan membiarkan mereka sendiri menyelesai­kan masalah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau mengulas desakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meminta kerajaan dan wakil rakyat kerap turun padang menyelesai­kan masalah banjir di Sibuti.

Kelmarin, PAS Sibuti mahu kerajaan memperbaik­i struktur perparitan sekitar kampung dan rumah panjang bagi mengelakka­n limpahan banjir dari Sungai Tiris yang kerap berlaku ketika musim tengkujuh.

Terdapat enam kampung di sepanjang Sungai Tiris iaitu Kampung Pintasan, Masjid, Kepayang, Tunah, Sebalik dan Lubok Bunih dengan anggaran penduduk melebihi 1,000 orang.

Terdapat sebuah rumah panjang iaitu Rumah Albion yang juga didirikan berdekatan dengan sungai tersebut.

Ahmad Lai memberitah­u, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah dibawa ke Sibuti melihat sendiri masalah banjir dan hakisan tanah.

“Sekarang beliau ( Wan Junaidi) berunding dengan Perdana Menteri untuk menambah peruntukan menyelesai­kan masalah banjir. Bukan hanya untuk Sibuti tetapi seluruh Sarawak,” jelasnya.

Mengenai parit, Ahmad Lai berkata masalah parit kerap dirujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi memastikan aliran air lancar dan keadaan parit tidak tersumbat untuk mengelak banjir kilat.

“Setiap kampung dan rumah panjang juga diberi peruntukan untuk menganjurk­an gotong-royong membersih parit dan memastikan parit dalam keadaan baik,” ujarnya.

Ketika musim banjir, pihak berkuasa kerap mengingatk­an penduduk berwaspada dan menjaga keselamata­n mereka.

Ahmad Lai turut menemui Ketua Kaum Kampung Pintasan Jalil Karim untuk mendapat perkembang­an terkini kejadian banjir.

Kelmarin, tiga kampung iaitu Pintasan yang memiliki 348 rumah, Lubok Bunih (200 rumah) dan Kampung Masjid (90 rumah) mengalami banjir akibat air pasang besar dari Sungai Tiris.

Banjir berlaku sebanyak dua kali bermula Jumaat lalu disebabkan hujan berterusan hampir tiga jam. Air bah cepat surut tetapi paras air kembali naik kerana hujan lebat berterusan.

“Di Lubok Bunih, ketinggian air banjir dilaporkan sehingga paras pinggang dewasa sementara di Kampung Masjid setinggi paras lutut,” katanya ditemui semalam.

Jalil berkata, tempoh paling lama banjir surut sepenuhnya ialah selama empat hari.

“Walaupun kerap banjir, penduduk tidak berdepan masalah jalan terputus kerana masalah hanya berlaku di kawasan tanah rendah,” katanya.

 ??  ?? BANJIR: Gambar dikongsika­n PAS Sibuti, salah sebuah kediaman di Kampung Masjid dilanda banjir kelmarin.
BANJIR: Gambar dikongsika­n PAS Sibuti, salah sebuah kediaman di Kampung Masjid dilanda banjir kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia