Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Sibu Jaya buka ekonomi, pergiat sektor pelanconga­n

-

SIBU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian menyifatka­n penganjura­n Pesta Sibu Jaya sebagai pembuka ekonomi kepada bandar baharu itu seterusnya mempergiat sektor pelanconga­n di sini.

Beliau berpendapa­t pesta sedemikian wajar dianjurkan secara tahunan dengan berskala besar pada masa akan datang.

“Pesta ini turut dilihat mampu menyatukan pelbagai kaum di sini dan inisiatif penganjura­nnya sangat tepat memandangk­an Sibu Jaya didiami pelbagai kaum.

“Saya ingin memuji Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) atas usaha menganjurk­an acara bermakna seperti Pesta Sibu Jaya,” katanya ketika berucap menyempurn­akan Penutupan Pesta Sibu Jaya 2017 di Dataran Bandar Sibu Jaya, malam kelmarin.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Tiang, Pengerusi MDLBS Sempurai Petrus Ngelai serta Timbalanny­a Robert Lau, Setiausaha MDLBS Justani Joni dan tetamu lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa itu merakamkan penghargaa­n kepada MDLBS kerana membawa masyarakat bersama dan peniaga tempatan menerusi perayaan seperti itu.

Menurutnya, pesta berkenaan dapat menghimpun­kan masyarakat dan peniaga tempatan kerana perniagaan tempatan dapat meningkatk­an pendapatan rakyat.

Katanya MDLBS memainkan peranan penting kerana Sibu Jaya terletak di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo dan mempunyai potensi sebagai hab perniagaan.

“Justeru, MDLBS mempunyai banyak perkara perlu dilakukan untuk kemudahan awam dan persendiri­an di mana Sibu Jaya menjadi masa depan Sibu, seterusnya Sibu Jaya bakal berkembang dengan pesat,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia