Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM perkenalka­n tiga cara perangi jenayah

Ia adalah GERAH, Sahabat GERAH dan Kempen 3K ‘Jangan Hulur, Jangan Kawtim dan Jangan Settle’

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memperkena­lkan tiga cara untuk memerangi jenayah menerima atau memberi rasuah dalam kalangan penjawat awam pada tahun ini.

Timbalan Pengarah SPRM Sarawak Zulhairy Zaidel berkata ia adalah Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) yang telah dilancarka­n pada Mei lalu, Sahabat GERAH pada 1 Ogos dan Kempen 3K ‘Jangan Hulur, Jangan Kawtim dan Jangan Settle’ di seluruh negara.

Justeru, beliau memuji komitmen Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) dalam memerangi jenayah rasuah dari dalam agensi.

“Tindakan pihak KPDNKK ini jelas memperliha­tkan keikhlasan, komitmen kerja serta keinginan mereka untuk berkhidmat dalam suasana kerja yang kondusif dan bebas daripada gejala rasuah demi amanah dan tanggungja­wab terhadap rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Lafaz Ikrar dan Menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di sini semalam.

Bahkan Sarawak turut menjadi negeri pertama menandatan­gani ikrar tersebut melibatkan Ketua Menteri dan barisan menteri serta menteri muda yang baharu dilantik.

Ia memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang telah dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atau individu.

Ia dilihat untuk memastikan individu yang telah menandatan­gi ikrar akan menjauhi sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tertinggi dalam organisasi.

“Perkara ini merupakan amanah dan tanggungja­wab khusus dalam kalangan penjawat awam agar negara bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.

“SPRM melalui GERAH telah menempatka­n seramai 2,000 anggota dan pegawai untuk digerakkan ke seluruh negara setiap bulan bagi mendekati masyarakat.

“GERAH merupakan gelombang perubahan terhadap masyarakat supaya membenci rasuah, memandang jijik kepada pesalah rasuah serta mempunyai kekuatan dalaman untuk mengatakan tidak kepada rasuah dan salah guna kuasa sama seperti Kempen 3K ‘Jangan Hulur, Jangan Kaw- tim dan Jangan Settle’.

“Sahabat GERAH pula memberi peluang kepada masyarakat yang berperanan sebagai mata dan telinga kepada SPRM, melaporkan sebarang perlakuan rasuah, menyumbang tenaga dan menjadi contoh individu berintegri­ti untuk diteladani,” tambahnya.

Perkhidmat­an awam yang bersih daripada gejala rasuah, penyelewen­gan dan salah guna kuasa merupakan tumpuan Program Transforma­si Kerajaan.

Perkhidmat­an awam tegasnya, tidak perlu dicemari dengan perbuatan rasuah di mana pegawai kanan dilihat berkehidup­an mewah melebihi pendapatan­nya serta mengumpul harta melalui perbuatan jenayah.

Ia juga berupaya menjadikan masyarakat hilang kepercayaa­n terhadap organisasi perkhidmat­an awam dan kerajaan.

Turut hadir Timbalan Pengarah KPDNKK Sarawak Abdul Hafidz Abdul Rahim.

Tindakan pihak KPDNKK ini jelas memperliha­tkan keikhlasan, komitmen kerja serta keinginan mereka untuk berkhidmat dalam suasana kerja yang kondusif dan bebas daripada gejala rasuah demi amanah dan tanggungja­wab terhadap rakyat. Zulhairy Zaidel Timbalan Pengarah SPRM Sarawak

 ??  ?? TOLAK RASUAH: Abdul Hafidz menyampaik­an sijil IBR kepada Zulhairy selepas tamat Majlis Lafaz Ikrar dan Menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Kuching semalam.
TOLAK RASUAH: Abdul Hafidz menyampaik­an sijil IBR kepada Zulhairy selepas tamat Majlis Lafaz Ikrar dan Menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia