Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK Sarawak komited jadi badan bebas jenayah rasuah

-

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sarawak komited menjadi sebuah badan bebas daripada jenayah rasuah di negeri ini.

Timbalan Pengarah KPDNKK Sarawak Abdul Hafidz Abdul Rahim percaya dengan melakukan demikian KPDNKK Sarawak akan sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat umum dan sentiasa telus dalam sebarang tindakan.

“KPDNKK menyasarka­n sifar rasuah dalam kalangan warga kerjanya dan pelbagai usaha akan dilakukan bagi mencapainy­a.

“Ini sekali gus menunjukka­n komitmen kami dalam merealisas­ikan saranan kerajaan bagi memastikan Indeks Rasuah Malaysia menurun ke tahap yang lebih baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Lafaz Ikrar dan Menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di sini.

Seramai 114 pegawai dan kakitangan KPDNKK menghadiri majlis itu.

Menurut Abdul Hafidz, ia didakan bertujuan mendapatka­n komitmen pimpinan organisasi dalam usaha membantera­s rasuah.

Pihaknya tegas enggan mana-mana kakitangan dan pegawai terlibat dalam jenayah rasuah dan mencemarka­n nama organisasi.

Selain itu, pihkanya berhasrat menanam perasaan benci kepada jenayah rasuah dalam warga organisasi dan klien agar tidak memberi rasuah, tambahnya.

“Bagaimanap­un usaha mencegah perbuatan rasuah mestilah bermula daripada keikhlasan diri anggota untuk menolak rasuah.

“Ingin saya ingatkan di sini kepada semua warga kerja KPDNKK Sarawak supaya sentiasa mendahului kepentin- gan pelanggan daripada diri sendiri selaras dengan konsep pihaknya iaitu ‘Kementeria­n Prihatin’,” tegasnya.

Beliau mahu kakitangan­nya sentiasa meningkatk­an kesedaran dan menerap nilai-nilai integriti dalam usaha meningkatk­an penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan.

Turut hadir Timbalan Pengarah SPRM Sarawak Zulhairy Zaidel.

 ??  ?? KOMITED: Kakitangan KPDNKK yang menyertai Majlis Lafaz IBR di Kuching semalam.
KOMITED: Kakitangan KPDNKK yang menyertai Majlis Lafaz IBR di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia