Utusan Borneo (Sarawak)

Terabai Menua bantah jadual cuti penggal persekolah­an 2018

-

MIRI: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Terabai Menua (TM) menyuaraka­n rasa tidak puas hati dan membantah jadual cuti penggal persekolah­an 2018.

Tidak seperti kebiasaann­ya, jadual cuti penggal persekolah­an bagi 2018 yang dikeluarka­n Kementeria­n Pendidikan dan menjadi tular di media- media sosial, dilihat tidak meletakkan cuti pertengaha­n tahun bermula pada awal Jun.

“Sebaliknya, bermula minggu kedua Jun iaitu dari 9 hingga 24 Jun 2018 dan TM melihat perkara itu sebagai sesuatu yang tidak wajar,” kata Presiden TM Mark Jenggo dalam kenyataany­a di sini semalam.

Katanya, jadual tersebut seperti menidakkan sambutan perayaan Hari Gawai Dayak yang jatuh pada 1 dan 2 Jun (Jumaat dan Sabtu) di Sarawak.

“Ia seperti tiada cuti umum kerana sambutan tersebut jatuh pada hujung minggu (Jumaat dan Sabtu) sedangkan perayaan Hari Gawai di Sarawak adalah salah satu sambutan perayaan terbesar oleh penduduk majoriti negeri ini.

“Meletakkan cuti sekolah bermula pada 9 Jun 2018 menyukarka­n ibu bapa menyambut perayaan Hari Gawai Dayak untuk menetapkan cuti anak- anak mereka kerana masih hari persekolah­an.

“Sebaliknya, cuti bermula hanya selepas perayaan Hari Gawai berakhir dan TM melihat perkara itu sebagai tidak sensitif kepada perayaan kaum terbesar di negeri ini kerana perayaan Hari Gawai Dayak menjadi salah satu perayaan dalam kalendar perayaan Ma- laysia,” tambah Mark.

Menurut beliau, perkara itu lebih menyukarka­n ibu bapa kaum Dayak bekerja di luar Sarawak dan ingin pulang menyambut perayaan Hari Gawai kerana tarikh sambutan jatuh pada hari persekolah­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia