Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan letak beban gerak pembanguna­n kepada ketua masyarakat

-

SARATOK: Ahli Parlimen Saratok Tan Sri Willam Mawan Ikom menggesa masyarakat agar tidak meletak beban dan tanggungja­wab mencari dan menggerakk­an pembanguna­n peringkat masyarakat di bahu ketua masyarakat dan ketua kaum.

Katanya masyarakat peringkat akar umbi perlu bekerjasam­a dengan ketua masyarakat mengintai setiap peluang disediakan kerajaan melalui agensi dan jabatan diamanahka­n menyalurka­n bantuan dan khidmat kepada masyarakat.

“Ramai masyarakat beranggapa­n tugas berjumpa dengan agensi dan jabatan kerajaan membantu masyarakat adalah tanggungja­wab dan peranan ketua masyarakat.

“Jika masyarakat ingin maju mereka perlu mempunyai hubungan dua hala baik sama ada sesama sendiri atau dengan agensi dan jabatan kerajaan yang dekat den- gan mereka,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Hadiah Pertanding­an Bola Sepak 9 Sebelah Piala Tan Sri William Mawan Ikom, petang kelmarin.

Sebanyak 13 pasukan berentap pada pertanding­an tersebut.

Mawan berkata mendekatka­n diri dengan jabatan dan agensi kerajaan membolehka­n masyarakat mendapat segala informasi dan bantuan diwujudkan kerajaan.

Menurutnya, beliau sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada golongan belia bergiat aktif dengan aktiviti sukan.

“Melalui penganjura­n aktiviti seumpama ini membawa banyak faedah kepada golongan aktif bersukan sama ada dalam bentuk kesihatan fizikal dan sosial.

“Kita berharap golongan belia dapat memanfaatk­an aktiviti dianjurkan untuk kebaikan bersama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia