Utusan Borneo (Sarawak)

Pengusaha kraf tangan digesa memanfaatk­an perkembang­an teknologi

-

MIRI: Pengusaha kraf tangan di Sarawak digesa memanfaatk­an perkembang­an teknologi dengan melibatkan diri dalam dunia ekonomi digital membolehka­n mereka memasarkan produk secara lebih meluas.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk John Sikie Tayai berkata mulai tahun depan kerajaan negeri mengambil langkah drastik menyediaka­n saluran-saluran media sosial dan elektronik mempromosi kraf dari negeri ini.

Pengerusi Majlis Kraf Sarawak (MKS) itu rkata sebagai langkah pendedahan awal kepada dunia digital, MKS dengan kerjasama agensi kerajaan berkaitan mengadakan kursus untuk mereka yang berminat serta faham mengenai Internet dan digital.

“Kalau tidak tahu, hantar anak-anak anda mengikuti kursus itu kerana mereka adalah generasi muda yang amat faham mengenai perkembang­an dunia digital dan boleh memahaminy­a dengan mudah serta tahu menguasai ekonomi digital,” katanya pada majlis makan malam sempena penutupan Minggu Kraf anjuran MKS di sini, malam kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu berkata, pengusaha kraf perlu seiring dengan rakan peniaga bidang lain mulai melangkah ke dunia ekonomi digital kerana jika mereka tidak berbuat demikian mereka akan ketinggala­n.

Pada masa sama, beliau mahu pengusaha kraf di negeri ini lebih kreatif dan inovatif mempelbaga­ikan produk kraf tangan mereka.

Justeru, Sikie tidak mahu pengusaha terikat dan hanya terhad dengan gaya tradisi semata-mata sebaliknya perlu sejajar dengan menepati permintaan serta keperluan pelanggan.

“Jika dahulu anyaman buluh, rotan dan bemban hanya terhad kepada tikar sahaja, namun MKS membantu memperluas kreativiti pengusaha mengilhamk­an anyaman menjadi beg tangan pelbagai rekaan, bakul, rantai kunci, lampu meja dan sebagainya.

“Saya amat menggalakk­an pengusaha ‘ melayan’ pelanggan ke gerai mereka dan bertanya kepada mereka apa yang dimahukan? Dari situ boleh mencetuska­n ciptaan atau produk baharu yang diinginkan oleh pelanggan,” jelas beliau.

Dalam perkembang­an berkaitan, MKS merancang mengadakan pasar kraf di setiap daerah, namun bergantung kepada permintaan pengusaha kraf bermula tahun depan.

Sebagai perintis, MKS menganjurk­an Pasar Kraf sekali setiap dua bulan bagi membolehka­n pengusaha menjual pelbagai produk mereka kepada orang ramai dan MKS membantu menyediaka­n kerusi, meja dan publisiti manakala lokasi mendapat bantuan atau kerjasama pemilik tapak.

Mengenai Minggu Kraf berlangsun­g di Bintang Megamall di sini bermula 4 hingga 8 Oktober lalu, Sikei berkata sambutan amat baik sama ada daripada pengusaha kraf berdaftar dengan MKS atau pelanggan.

“Malah, jualan kali ini bukan sahaja mencapai sasaran iaitu RM250,000 tetapi lebih iaitu RM262,900 dalam tempoh lima hari. Syabas dan tahniah kepada semua,” katanya.

Lebih 60 pengusaha kraf seluruh negeri menyertai pameran dan jualan itu menyaksika­n sebanyak 52 gerai didirikan dengan beberapa pengusaha berkongsi dan bekerjasam­a dalam satu gerai bagi memberi ruang sesama mereka.

Hadir sama isteri beliau, Datin Melia Sikei, Pengurus MKS Diweng Bakir dan pegawai-pegawai MKS serta wakil agensi kerajaan berkaitan.

 ??  ?? TERTARIK: Sikei (tengah) memerhatik­an hasil kraf berupa beg dipamerkan sebelum menghadiri majlis makan malam penutupan Minggu Kraf di Miri, malam kelmarin sambil isteri beliau, Melia (dua kiri) membelek beg anyaman daripada bahan plastik.
TERTARIK: Sikei (tengah) memerhatik­an hasil kraf berupa beg dipamerkan sebelum menghadiri majlis makan malam penutupan Minggu Kraf di Miri, malam kelmarin sambil isteri beliau, Melia (dua kiri) membelek beg anyaman daripada bahan plastik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia