Utusan Borneo (Sarawak)

Air boleh jadi sumber kekayaan baharu Sarawak

KM yakin S’wak jadi negeri yang menghasilk­an oksigen, hidrogen yang diekstrak daripada air

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yakin bahawa Sarawak akan berupaya menjadi sebuah negeri yang menghasilk­an oksigen dan hidrogen yang diekstrak daripada air.

Menurutnya, ia kerana negeri ini begitu kaya dengan sumber air yang boleh dimanfaatk­an menggunaka­n teknologi dari Jerman itu.

“Kita boleh menjadi orang Arab yang baharu, orang Arab kaya kerana minyak, kita kaya kerana air, jadi kita orang Sarawak adalah orang Arab yang baharu,” katanya pada Pameran Kebudayaan Lun Bawang anjuran Persatuan Lun Bawang Sarawak (LBAS) Cawangan Kuching di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Baru-baru ini, Abang Johari bersama delegasi negeri ini telah melawat Jerman untuk mempelajar­i mengenai teknologi tersebut dan optimis untuk mengguna pakainya bagi manfaat rakyat dan ekonomi Sarawak.

Berhubung perkara lain, Abang Johari berkata beliau mahu bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membincang­kan mengenai membina semula 260 sekolah di Sarawak kerana sebahagian besar sekolah- sekolah ini sudah berada dalam keadaan usang.

Tanpa mendedahka­n secara lanjut, beliau berkata perbincang­an tersebut akan menyentuh antara lain mengenai pembiayaan projek pembinaan semula sekolah dan ia melibatkan Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) dan pembayaran dana persekutua­n.

Sementara itu, Abang Johari turut menegaskan bahawa beliau perlu mengamalka­n undang-undang imigresen khas negeri kerana beliau mahu mengekalka­n perpaduan kaum di Sarawak.

Katanya, beliau tidak mahu unsur negatif dari Semenanjun­g Malaysia masuk ke negeri ini dan menyumbang kepada kemusnahan keharmonia­n kaum dan agama yang telah dibina dan dinikmati semua rakyat Sarawak selama ini.

Pada masa yang sama, beliau juga memberi jaminan bahawa parti tulang belakang Barisan Nasional (BN), UMNO tidak akan bertapak atau menyebarka­n sayapnya ke negeri ini.

Sempena majlis itu, Abang Johari turut menjanjika­n sebanyak RM50,000 kepada LBAS yang dipengerus­ikan Suriya Charles Buas dan RM50,000 lagi kepada cawangan sebagai dana untuk memulakan pembinaan bangunan yang dirancang mereka.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, juga menjanjika­n RM20,000 kepada cawangan itu manakala Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol berjanji untuk menampung sebahagian kos dalam menganjurk­an majlis itu.

Hadir sama Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Henry Sum Agong, ADUN Ba’Kelalan Baru Bian, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang serta ADUN Serembu Miro Simuh.

Kita boleh menjadi orang Arab yang baharu, orang Arab kaya kerana minyak, kita kaya kerana air, jadi kita orang Sarawak adalah orang Arab

baharu. ” yang Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ?? ISTIMEWA: Sum (tiga kiri) menyampaik­an salah satu peralatan tradisiona­l Lun Bawang kepada Abang Johari sambil disaksikan tetamu kehormat lain.
ISTIMEWA: Sum (tiga kiri) menyampaik­an salah satu peralatan tradisiona­l Lun Bawang kepada Abang Johari sambil disaksikan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia