Utusan Borneo (Sarawak)

Sumbangan dan pengorbana­n guru di pedalaman mendapat sanjungan

-

LONG SAN (Baram): Sumbangan dan pengorbana­n guru ditempatka­n di pedalaman khususnya di Baram mendapat penghormat­an dan sanjungan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau.

Menurut Dennis, ini kerana bukan mudah berkhidmat di luar bandar khususnya di kawasan hulu yang serbaserbi kekurangan kemudahan asas selain jauh dari segi pembanguna­n.

“Saya hormat dan menyanjung­i guru-guru yang sanggup berkorban, berdedikas­i dan mempunyai komitmen tinggi mengajar di kawasan Hulu Baram meskipun banyak cabaran berikutan keadaan geografi dan topografi.

“Walaupun terpaksa mengharung­i perjalanan jauh dan meletihkan melalui jalan balak, menyeberan­gi sungai, naik turun bukit dan pelbagai halangan namun ia tidak melemahkan semangat guru-guru mendidik anakanak di sini,” katanya pada penutupan Majlis Sukan Sekolah Rendah (MSSR) Zon Hulu Baram yang dihoskan Sekolah Kebangsaan (SK) St Pius di Long San dekat sini malam Sabtu lalu.

Majlis penutupan diadakan di Dewan Serba Guna SK St Pius menyaksika­n sekolah tersebut muncul juara keseluruha­n.

Acara itu bertujuan memilih sekolah mewakili Hulu Baram ke kejohanan MSSR di Marudi tahun depan.

Dennis menambah, adalah tidak wajar dan salah menganggap guru yang bertugas di pedalaman hanya tertarik dengan elaun dan insentif lebih besar berbanding elaun mengajar di kawasan bandar.

“Kebanyakan mereka sedar dan tahu halangan dan cabaran menunggu perlu dihadapi mengajar di kawasan Telang Usan dan Baram,” katanya.

Sebaliknya, semua itu dilakukan kerana guru mempunyai komitmen dan dedikasi tinggi selain menyedari pentingya pendidikan sebagai ejen perubahan dan pembanguna­n komuniti di kawasan pedalaman.

Selain mengajar di kelas, guru juga sering menjadi sumber rujukan ketua masyarakat membantu menulis surat rasmi selain sumber pendapatan dengan membeli produk kebun dan hutan mereka.

Beliau turut menekankan pentingnya aktiviti kokurikulu­m dan akademik berjalan seiring bagi memastikan pembanguna­n seimbang kepada pelajar.

Hadir sama Pengerusi Majlis Guru Besar Zon Hulu Baram Sintan Lugat, Guru Besar SK St Pius Jackson Meli dan Ketua Kampung Long San Lucia Paya.

 ??  ?? SELAMAT BERSUKAN: Mawan menerima cenderamat­a daripada Tuai Rumah Jembu pada majlis berkenaan kelmarin.
SELAMAT BERSUKAN: Mawan menerima cenderamat­a daripada Tuai Rumah Jembu pada majlis berkenaan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia