Utusan Borneo (Sarawak)

Peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga lancar

PT3 2017 melibatkan 39,657 calon, 201 pusat peperiksaa­n dibuka di seluruh Sarawak

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Hari pertama peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) melibatkan 39,657 calon di seluruh negeri yang bermula semalam berjalan dengan lancar.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Rakayah Madon berkata kesemua 201 pusat peperiksaa­n bagi menjalanka­n ujian PT3 itu dibuka di seluruh Sarawak.

Beliau menjelaska­n daripada jumlah keseluruha­n calon, seramai 38,237 calon PT3 dari sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan.

“Manakala bagi sekolah swasta pula melibatkan 1,173 calon, calon perseorang­an seramai 13 calon, sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementeria­n Pendidikan Malaysia 220 calon dan 14 calon pula daripada sekolah Kementeria­n Dalam Negeri dan Kementeria­n Kebajikan, Pembanguna­n Wanita dan Masyarakat.

“Penting bagi pelajar (calon PT3) menduduki ujian ini sebagai peluang menilai kefahaman terhadap ilmu yang dipelajari untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut mengenai pusat peperiksaa­n yang dibuka, Rakayah memberitah­u bahawa 182 daripada 201 pusat peperiksaa­n adalah sekolah kerajaan.

“Sekolah swasta pula terdapat 13 pusat peperiksaa­n dibuka, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pula tiga pusat dan selebihnya sekolah akhlak yang mana kesemua pusat peperiksaa­n ini dibuka bermula hari ini,” jelasnya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Borneo di Sekolah Menengah Kebangsaan

Manakala bagi sekolah swasta pula melibatkan 1,173 calon, calon perseorang­an seramai 13 calon, sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementeria­n Pendidikan Malaysia 220 calon dan 14 calon pula daripada sekolah Kementeria­n Dalam Negeri dan Kementeria­n Kebajikan, Pembanguna­n Wanita dan Masyarakat. Rakayah Madon Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

( SMK) Kota Samarahan semalam mendapati semua calon melibatkan 401 calon PT3 hadir untuk menduduki peperiksaa­n tersebut. Majlis memohon doa ke- berkatan turut diadakan sebelum calon PT3 SMK Kota Samarahan masuk ke bilik peperiksaa­n.

Pengetua SMK Kota Samarahan Bujang Awang Jamain ketika ditemui berkata jumlah semua calon itu melibatkan pelajar tingkatan tiga dan calon luar.

“Saya berharap kesemua calon PT3 menjawab soalan dengan baik dan menduduki semua kertas ujian yang diberikan,” katanya sambil menambah ujian PT3 bagi sekolah itu bermula semalam hingga Rabu ini.

 ??  ?? MOHON KEBERKATAN: Antara 401 calon Pentaksira­n Tingkatan Tiga dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan bersalaman dengan pengetua mereka, Bujang sebelum masuk ke bilik peperiksaa­n.
MOHON KEBERKATAN: Antara 401 calon Pentaksira­n Tingkatan Tiga dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan bersalaman dengan pengetua mereka, Bujang sebelum masuk ke bilik peperiksaa­n.
 ??  ?? HADIR BERSAMA: Peserta yang hadir ke mesyuarat agung berkenaan kelmarin.
HADIR BERSAMA: Peserta yang hadir ke mesyuarat agung berkenaan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia