Utusan Borneo (Sarawak)

158 lot Kampung Seberang Sri Aman terima geran tanah

-

SRI AMAN: Sebanyak 158 lot tanah di Kampung Seberang, Sri Aman telah dikeluarka­n surat geran tanah dan berbaki sebanyak 72 lot lagi belum dikeluarka­n surat geran tanah setakat ini.

Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Sarawak Rasidi Ahmad berkata, 72 lot tanah masih belum dikeluarka­n surat geran tanah tersebut akan diambil tindakan oleh pihak pengurusan bersama pihak penguasa tanah dan survei di sini.

“Sehubung itu, kami berharap penguasa tanah dan survei dapat membantu dalam mempercepa­tkan proses pengeluara­n surat geran tanah bagi memudahkan peserta terlibat mendapat maanfaat daripada pulangan dividen yang akan datang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung Jawatankua­sa Kemajuan Projek FELCRA Berhad, Kampung Seberang, Sri Aman di Dewan Masjid Bandar Sri Aman dekat sini kelmarin.

Beliau berkata, Jawatankua­sa Kemajuan Projek (JKKP) Kampung Seberang merupakan sebuah jawatankua­sa peserta yang diwakili peserta-peserta bagi projek FELCRA Berhad Kampung Seberang.

“JKKP ini memainkan peranan utama dalam hubungan FELCRA Berhad dan para peserta FELCRA Berhad di sini,” jelasnya.

Oleh itu katanya, dengan adanya pelantikan jawatankua­sa yang ahlinya dipilih dan diwakili peserta akan membantu mengukuhka­n lagi hubungan pihak pengurusan dengan peserta projek di Kampung Seberang ini nanti,” ujarnya.

Projek FELCRA Berhad di Kampung Seberang ini telah dibuka pada 2010 dengan keluasan ukur keliling 183 hektar dan keluasan bertanam pula 161.06 hektar.

Projek berkenaan telah membuahkan hasil pada 2013 yang melibatkan sebanyak 230 lot tanah dimajukan di mana 158 lot telah bergeran manakala selebihnya 72 lot lagi masih belum bergeran.

Selain itu, projek berkenaan melibatkan seramai 222 peserta yang telah menandatan­gani perjanjian dengan luas tanah peserta yang telah menandatan­gani perjanjian melibatkan 82.5485 hektar tanah.

Hadir sama pada mesyuarat berkenaan Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Betong Abu Kassim.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri 162 peserta dari Kampung Hilir, Kampung Hulu, Kampung Lingga dan Kampung Muhibbah, Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia