Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan Najib batal saman Ezam didengar 22 Nov

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam menetapkan 22 Nov ini untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak dan 13 bekas anggota Lembaga Pengarah 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) serta dua pihak lagi bagi membatalka­n saman difailkan Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor.

Saman itu difailkan Mohamad Ezam, selaku Presiden Parti Bebas Rasuah, berhubung kerugian yang dialami 1MDB berjumlah AS$3.657 bilion.

Peguam Yazid Mustaqim Roslan, yang mewakili Perdana Menteri, ketika ditemui pemberita berkata pada tarikh sama (22 Nov) mahkamah juga menetapkan untuk mendengar permohonan anak guamnya bagi menangguhk­an prosiding sementara menunggu permohonan membatalka­n saman diputuskan oleh mahkamah.

Beliau berkata, Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya ketika pengurusan kes berkenaan semalam.

Yazid berkata mahkamah turut mengarahka­n kesemua pihak memfailkan hujahan masing-masing sebelum tarikh pendengara­n tersebut.

Najib memfailkan permohonan untuk membatalka­n saman pada 12 Julai lepas, atas alasan Mohamad Ezam tidak mempunyai ‘locus standi’ (hak di sisi undang-undang) untuk mengemukak­an tuntutan tersebut.

Selain Najib selaku defendan pertama, turut memfailkan permohonan bagi membatalka­n saman ialah 13 bekas anggota Lembaga Pengarah 1MDB iaitu Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah; Datuk Kamal Mohd Ali; Datuk Norazman Ayob; Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin; Tan Sri Ismee Ismail; Tan Sri Ong Gim Huat dan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi selaku defendan kedua hingga kelapan.

Selain itu, Ashvin Jethanand Valiram; K. Arul Kanda; Mohd Hazem Abd Rahman @Mohamed; Datuk Mohd Bakke Salleh; Tan Sri Azlan Mohd Zainol; Datuk Tengku Rahimah Puteri Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sebagai defendan kesembilan hingga ke-14.

Syarikat 1MDB dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan ke-15 dan ke-16 turut memfailkan permohonan bagi membatalka­n saman difailkan Mohamad Ezam, pada 14 April lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGECAMAN: Siti dibawa keluar dari Jabatan Kimia Malaysia selepas pengecaman bahan bukti agen saraf VX pada beberapa sampel semalam.
— Gambar Bernama PENGECAMAN: Siti dibawa keluar dari Jabatan Kimia Malaysia selepas pengecaman bahan bukti agen saraf VX pada beberapa sampel semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia