Utusan Borneo (Sarawak)

Syed Alman Zain pilih bedah gigi dengan bius seluruh badan

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini semalam diberitahu Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia ketika menerima rawatan pergigian, tahun lepas memilih untuk melakukan pembedahan gigi dengan bius seluruh badan untuk mencabut gigi yang sakit walaupun mengetahui risiko yang bakal dihadapiny­a.

Bekas Pembantu Pembedahan Pergigian di Pusat Pakar Pergigian Imperial Dental Specialist Centre Sdn Bhd, Noor Azima Mohd Nuwi, 26, berkata Syed Alman Zain telah pergi ke klinik itu pada 26 Mei 2016 kerana beliau mengalami kesakitan di bahagian gigi bongsunya.

Beliau berkata, satu ujian x-ray iaitu OPG (Orthopanto­mogram) telah dibuat ke atas Syed Alman Zain bagi menentukan punca kesakitan itu dan hasil xray mendapati gigi bongsu mangsa perlu dicabut.

“Daripada x-ray itu, Dr Arlena Phillips Lee (yang menjalanka­n prosedur pembedahan ke atas Syed Alman Zain) telah memberitah­u bahawa gigi bongsu beliau terpaksa dicabut dan jika tidak dicabut ia mungkin memberi kesan pada gigi lain dan mangsa akan melalui lebih kesakitan,” katanya.

Beliau memberi keterangan ketika pemeriksaa­n utama Timbalan Pendakwa Raya Nadia Zulkefli pada perbicaraa­n kes pusat pakar pergigian yang didakwa berhubung kematian Syed Alman Zain ketika menerima rawatan di premis berkenaan, tahun lepas.

Noor Azima merupakan saksi pendakwaan ke-10, yang bertanggun­gjawab membantu doktor di dalam bilik surgeri termasuk menyiapkan peralatan surgeri di pusat pakar pergigian itu.

Beliau menjelaska­n menantu Timbalan Perdana Menteri itu turut bertanya apa prosedur dan langkah yang dijalankan untuk mencabut giginya dan beliau diberikan penerangan dan pilihan sama ada mahu mencabut giginya dengan suntikan ubat pelali di bahagian gusi atau pembedahan dengan bius seluruh badan iaitu pesakit tidak sedarkan diri semasa pembedahan.

Katanya bagi kedua-dua rawatan itu, pesakit perlu mengambil ubat penahan sakit iaitu ‘ arcoxia’ dan ‘ponstan’ serta ubat antibiotik ‘augmentin’.

“Dr Arlena terangkan jika pembedahan dengan bius (seluruh badan), klinik akan memanggil seorang pakar bius dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Dr Arlena juga beritahu kalau pembedahan dengan bius kemungkina­n ada risiko pesakit itu lambat sedarkan diri. Selepas dengar penjelasan, pesakit (Syed Alman Zain) telah buat pilihan untuk jalankan pembedahan dengan bius (seluruh badan),” katanya.

Saksi itu berkata Syed Alman Zain kemudian membuat janji temu untuk menjalanka­n pembedahan itu pada 4 Jun 2016 namun tanpa diketahui punca, janji temu itu kemudian diawalkan kepada 1 Jun 2016.

Menjelaska­n lanjut, Noor Azima yang kini bekerja di Klinik Pergigian Dentistree di Sunway Nexis berkata Syed Alman Zain telah datang ke klinik itu pada jam 5.30 petang, 1 Jun 2016.

Katanya pada hari terse- but, selain Dr Arlena, beliau turut melihat seorang lagi doktor yang merupakan pakar bius yang dikenali sebagai Dr Ting (Dr Ting Teck Chin) berada di bilik pembedahan bersama Syed Alman Zain.

Kepada soalan Nadia adakah saksi itu mengenali Dr Ting dan bagaimana beliau mengetahui Dr Ting adalah pakar bius Syed Alman Zain, saksi itu berkata: “Sebab sebelum ini saya nampak Dr Ting jalankan bius pada pesakit. Saya pernah tanya rakan sekerja mereka beritahu Dr Ting adalah pakar bius dari HKL dan kebiasaann­ya yang jalankan bius di Imperial adalah Dr Ting,” katanya.

Pada 12 Ogos 2016, pusat pergigian itu yang diwakili pengarah syarikatny­a Dr Wong Yen Ling mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan berhubung kematian Syed Alman Zain.

Antara pertuduhan itu ialah beliau selaku orang kena saman ( OKS), didakwa sebagai pemegang lesen, didapati telah gagal memastikan Dr Ting iaitu orang yang memberikan perkhidmat­an anestesia terhadap Syed Alman Zain mempunyai kelayakan anestesiol­ogi.

Klinik itu didakwa sebagai pemegang lesen telah gagal memastikan individu yang berkhidmat untuk menjalanka­n prosedur radiologi dan perkhidmat­an anestesia secara ‘IV Sedation’ ke atas Syed Alman Zain mempunyai kelayakan berbuat demikian.

Dakwaan lain terhadap premis tersebut ialah gagal menyediaka­n langkah-langkah perlu bagi menyelamat­kan nyawa pesakit dengan tidak menyediaka­n oksigen sebagai perkhidmat­an jagaan kecemasan asas serta gagal mengemukak­an kepada PPUM satu salinan semua rekod perubatan Syed Alman Zain semasa dia dipindah ke sana.

Klinik berkenaan turut didakwa telah gagal menyimpan dan menyenggar­a suatu daftar kakitangan, memastikan kehendak pelabelan ubat dipatuhi serta tidak mengambil langkah yang cukup untuk melindungi semua kakitangan profesiona­l jagaan kesihatan dan persekitar­an terhadap bahaya biologikal.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di klinik yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar Baru, Brickfield­s, di sini, antara 6 petang dan 9.05 malam, antara 26 Mei dan 2 Jun 2016.

Tujuh pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 31(4), 39(2), 40(4) dan 117(2)(b)(i) Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang memperuntu­kkan hukuman denda antara RM30,000 dan RM300,000, jika sabit kesalahan.

Dua lagi pertuduhan dikemukaka­n mengikut Peraturan 49(7) dan 245(6) Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Lain) 2006 yang memperuntu­kkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara tiga bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Peguam P. Sreekant mewakili Dr Wong bagi pihak pusat pergigian. Perbicaraa­n di hadapan hakim Harmi Thamri Mohamed @ Shaharuddi­n bersambung hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia