Utusan Borneo (Sarawak)

Pos Malaysia sedia bina hab e-dagang, logistik di S’wak

-

KUCHING: Pos Malaysia sedia membina sebuah lagi hab e-dagang dan logistik di negeri ini dan yang pertama di luar Kuala Lumpur.

Bagaimanap­un menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, tumpuan kini adalah kepada hab di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Hab e-dagang dan logistik ini adalah sebahagian daripada inisiatif Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DGTZ) bagi pelepasan import dan eksport dengan lebih cepat.

“Hab kami di KLIA kini hampir siap di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarka­nnya pada hujung tahun ini.

“Manakala hab-hab yang seterusnya adalah bergantung kepada kerjasama dengan kerajaan negeri untuk mereka mengisyiti­harkan kawasan bagi tujuan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Pos Sedunia 2017 di Pejabat Pos Besar di sini semalam.

Tambah Shukrie, Sarawak telah menyatakan hasrat untuk membina hab ini dan perjumpaan telah diadakan dengan Ketua Menteri be- berapa bulan lepas.

Jika Sarawak berminat membina hab ini katanya, ia merupakan yang pertama akan dibina di luar Kuala Lumpur.

Fasa satu hab di KLIA Aeropolis telah siap sepenuhnya dan syarikat beli-belah atas talian seperti LAZADA dan Alibaba sudah mula mengisi gudang mereka di hab ini.

DFTZ adalah satu inisiatif bagi penggabung­an dan pertumbuha­n pesat ekonomi Internet serta aktiviti e-dagang rentas sempadan dengan tiga komponen utama yang menggabung­kan zon fizikal dan maya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? SIMBOLIK: Jailani (tiga kanan) melepaskan unit posmen pos serahan, posmen pos laju dan pos bergerak sebagai simbolik sambutan Hari Pos Sedunia 2017 di Kuching semalam.
— Gambar Chimon Upon SIMBOLIK: Jailani (tiga kanan) melepaskan unit posmen pos serahan, posmen pos laju dan pos bergerak sebagai simbolik sambutan Hari Pos Sedunia 2017 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia