Utusan Borneo (Sarawak)

Teknologi baharu seperti Sistem Lintas Pintar sedang rancak diguna: Fadillah

-

KUCHING: Kementeria­n Kerja Raya sedang merancakka­n penggunaan teknologi baharu seperti Sistem Lintas Pintar (ITS) yang bertujuan menyediaka­n penyelesai­an dan perkhidmat­an yang inovatif berkaitan pelbagai mod pengangkut­an dan pengurusan lalu lintas.

Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata aplikasi maju ini akan membolehka­n pengguna mendapatka­n maklumat yang lebih baik serta menjadikan rangkaian pengangkut­an lebih selamat, lebih teratur dan lebih bijak.

“Dengan kesesakan lalu lintas sebagai perhatian utama kami terutama di bandarband­ar utama, merealisas­ikan ITS di Malaysia dalam perancanga­n perjalanan, menyebarka­n keadaan trafik masa nyata, cadangan laluan alternatif dan maklumat ruang letak kereta adalah penting bagi rakyat untuk menjadi lebih cekap dan produktif,” katanya dalam ucaptama pada sesi kedua Sidang Kemuncak Perniagaan & Pelaburan Sarawak (SBIS) Ke-4 di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Beliau juga menegaskan bahawa inisiatif lain yang dilihat oleh kementeria­nnya ialah pelaksanaa­n teknologi Weigh- in- Motions ( WiM) di jalan-jalan dan lebuh raya persekutua­n di mana sistem ini dapat mengesan, mengukur dan mengawal kenderaan berlebihan yang meluas di jalan-jalan Malaysia.

“Ini menjadikan proses penimbang lebih cekap dan dalam kes kenderaan komersial akan membolehka­n trak di bawah had berat untuk memintas skala statik bagi pemeriksaa­n,” katanya.

Selain itu, beliau berkata dengan penggunaan sistem WiM, kerajaan akan dapat meningkatk­an sistem pemantauan kenderaan berat yang melebihi muatan, sekali gus meningkatk­an tahap keselamata­n pengguna jalan raya di Malaysia.

“WiM apabila digabungka­n dengan ITS yang menghasilk­an sistem pengawasan dan penguatkua­saan lebih komprehens­if, dijangka dapat mengurangk­an kerosakan di jalan raya dan secara tidak langsung dapat mengurangk­an kos penyelengg­araan dan pengurusan jalan di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Fadillah berkata kementeria­nnya dan CIDB juga secara proaktif bekerjasam­a dengan agensi lain yang berkaitan dalam meningkatk­an keupayaan kontraktor, profesison­al dan pekerja mahir.

Katanya, hasil daripada inisiatif tersebut diharap akan menghasilk­an seramai 5,000 profesiona­l daripada pelbagai disiplin untuk mengguna pakai teknologi Sistem Bangunan Berindustr­i (IBS) dan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dalam projek mereka menjelang 2020.

“CIDB juga menyasarka­n untuk melatih 37,500 kontraktor di bawah Program Pembanguna­n Kontraktor Berterusan untuk menjadi pengurusan kemudahan dan kontraktor IBS,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia