Utusan Borneo (Sarawak)

146 pelajar menunjukka­n semangat mantap kemahiran Bahasa Inggeris

-

LIMBANG: Seramai 146 pelajar menunjukka­n semangat memantapka­n kemahiran dalam subjek Bahasa Inggeris dengan menyertai Program Menggapai Bintang BI SPM di SK Limbang kelmarin.

Program anjuran bersama Jawatankua­sa Majlis Wanita Daerah Limbang dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Limbang itu disertai sekolah-sekolah menengah di sini termasuk SMK Limbang, SMK Seri Patiambun, SMK Kubong dan SMK Medamit.

Pegawai Daerah Limbang yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Majlis Wanita Dae- rah Limbang Jamalie Busri berkata program itu salah satu aktiviti mampu memberi impak kepada komuniti oleh kakitangan kerajaan.

Katanya, program itu memfokus kepada persiapan peperiksaa­n SPM agar pelajar dapat menguasai kemahiran BI menjadi insan berjaya dan berguna pada masa depan serta mengharumk­an nama baik Limbang.

“Program ini diteruskan tahun akan datang dengan perancanga­n lebih awal kerana memberi kesan sangat positif serta merupakan keperluan kepada pelajar,” katanya.

Seramai empat penceramah dalam kalangan pendidik iaitu Kenny Simon Jacob, Linda Runggah, Timothy George Jengging dan Vipha Rianganad Cham Ras @Che Kok serta lima fasilitato­r/pengiring setiap sekolah menyertai program itu.

Program bermula jam 7.30 pagi hingga 3 petang menyaksika­n pelajar dibahagi kepada empat kumpulan secara bercampur dari setiap sekolah.

Turut hadir Guru Besar SK Limbang Kartini Hasbollah, wakil Pegawai PPD Limbang Dayang Roslin Pengiran Salleh dan Jawatankua­sa Majlis Wanita Daerah Limbang.

 ??  ?? KUASAI BI: Jamalie (duduk, tengah), Kartini (enam kiri) bersama ahli jawatankua­sa Majlis Wanita Daerah Limbang pada Program Menggapai Bintang BI SPM kelmarin.
KUASAI BI: Jamalie (duduk, tengah), Kartini (enam kiri) bersama ahli jawatankua­sa Majlis Wanita Daerah Limbang pada Program Menggapai Bintang BI SPM kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia