Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan industri pos terus bertahan, kekal relevan

Industri pos, kurier, logistik pantas berevolusi sejajar dengan perkembang­an teknologi digital dan segmen e-dagang

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus bekerjasam­a dengan Pos Malaysia untuk memastikan industri pos terus bertahan dan kekal relevan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Jailani Johari berkata industri pos, kurier dan logistik pantas berevolusi sejajar dengan perkembang­an teknologi digital serta segmen e-dagang yang menjadi trend terkini dalam pemasaran produk.

Jsuteru katanya, kementeria­n dan SKMM merancang pelbagai inisiatif untuk memastikan perkhidmat­an pos negara terus bertahan dan kekal relevan serta menjadi katalis yang akan memacu ekonomi negara.

“Kita ambil contoh di Sarawak, perkembang­an segmen pos, logistik dan edagang dilihat berkembang dengan pantas dengan adanya inisiatif Pelan Transfor- masi Pos Sabah dan Sarawak (PTPSS).

“Inisiatif ini menjadi katalis perubahan kepada bukan sahaja industri pos dan logistik, malah membantu dalam meningkatk­an tahap sosioekono­mi masyarakat di dua negeri ini khasnya luar bandar,” katanya pada sambutan Hari Pos Sedunia 2017 di Pejabat Pos Besar di sini semalam.

Tambah Jailani, inisiatifi­nisiatif lain yang diperkenal­kan bagi meningkatk­an mutu perkhidmat­an pos di negeri ini adalah Ejen Berdaftar Pos di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah fasa ketiga PTPSS.

Usaha sama antara PI1M kelolaan SKMM dan Pos Malaysia ini katanya, amat bertepatan di mana kemudahan e-Penunaian luar bandar dapat disediakan dengan kadar yang cepat dan kos yang rendah.

“Setakat ini, sebanyak 840 PI1M disediakan di seluruh negara termasuk di Sarawak dan Sabah bagi memberi rakyat akses kepada Internet jalur lebar,” tambahnya.

Kita ambil contoh di Sarawak, perkembang­an segmen pos, logistik dan e-dagang dilihat berkembang dengan pantas dengan adanya inisiatif Pelan Transforma­si Pos Sabah dan Sarawak (PTPSS). Datuk Jailani Johari Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Mengenai sambutan tersebut, ia merupakan pertama kali diadalah di luar Kuala Lumpur dengan tema ‘Inovasi, Integrasi dan Keterangku­man’.

Pada sambutan itu semalam, Jailani turut menyampaik­an tiga anugerah kepada kakitangan pos, kurier Kuching.

Anugerah pertama iaitu Anugerah Perkhidmat­an Yang Lama di Pos dan Kurier Kuching diberikan kepada Eteng Daro yang telah berkhidmat selama 41 tahun sembilan bulan sebelum bersara wajib pada 22 Oktober ini.

Anugerah kedua disampaika­n kepada Tham Ah Soi yang merupakan kakitangan yang tiada ambil cuti sakit sepanjang tempoh 24 tahun perkhidmat­an di Unit Prosesan Mel Kuching.

Anugerah ketiga iaitu anugerah perkhidmat­an cemerlang diberikan kepada Pegawai Cawangan Pejabat Pos Besar Kuching Saripah Samilah.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, Pengarah SKMM Wilayah Sarawak Roslan Mohamad serta yang lain.

 ??  ?? BANTU: Erick menyerahka­n dana kepada Yazit bagi membantu menjayakan Miri Auto Fest 2017.
BANTU: Erick menyerahka­n dana kepada Yazit bagi membantu menjayakan Miri Auto Fest 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia