Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa sindiket edar dadah meninggal dunia di Peru

Keputusan bawa pulang jenazah diketahui dalam 2 minggu

-

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada jenazah Syzlin Hataman dibawa pulang ke tanah air atau dikebumika­n di Peru hanya akan diketahui dalam masa dua minggu, kata Pengerusi Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Allahyarha­mah Syzlin, 43, yang berasal dari Johor meninggal dunia di Peru pada jam 6.50 petang waktu Peru 7 Okt akibat komplikasi beberapa penyakit termasuk asma dan kencing manis.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Syzlin, yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah antarabang­sa, dipenjara selama empat tahun dan terkandas di ibu negara Peru sejak tahun 2010.

Shamsul Anuar berkata BiKUM mengambil keputusan untuk memudahkan urusan pengebumia­n jenazah Syzlin namun perlu mengambil kira beberapa perkara.

“Keputusan untuk bawa jenazah Syzlin pulang atau mengebumik­annya di Peru masih lagi dalam perbincang­an BiKUM dengan ahli keluarga serta waris dan kita sedang berurusan dengan Wisma Putra melalui Kedutaan Malaysia di Peru berkaitan hal ini.

“Ada beberapa perkara yang perlu kita mengambil kira dengan waris serta isu-isu lain kerana urusan pengebumia­n warganegar­a luar di Peru memang agak rumit kerana memerlukan kelulusan dan melibatkan kos yang tinggi,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Shamsul Anuar berkata, jika pengebumia­n jenazah dilakukan di Peru, sekurangku­rangnya dua orang waris perlu dibawa sekali ke negara di Amerika Selatan itu.

“Kami dimaklumka­n Wisma Putra, jika seseorang itu bukan warganegar­a Peru dan dikebumi di sana, ia melibatkan penggunaan tanah dan sebagainya, jadi kita kena bayar kos tanah yang difahamkan tidak kurang daripada AS$6,000 atau dalam RM25,000.

Ini tidak termasuk kos pengurusan yang akan menaikkan kos kepada RM40,000. Kita juga mesti membawa waris ke sana, maka kosnya mungkin akan mencecah RM100,000 berbanding jika kita bawa jenazah kembali ke negara ini dan dikebumi di Malaysia,” tambahnya.

Shamsul Anuar berkat, beliau percaya jika jenazah Syzlin dibawa pulang, kos keseluruha­n urusan tersebut mungkin hanya kira- kira RM20,000, bergantung kepada kadar tiket penerbanga­n ketika itu.

Syzlin merupakan antara tiga daripada tujuh mangsa keldai dadah yang ditangkap pihak berkuasa Peru sejak 2007 yang sedang dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia oleh BiKUM.

“Selain Syzlin, BiKUM sedang berusaha membawa pulang Noor Azimah Sapie, 37, yang berasal dari Terengganu dan Noor Suzanna Azmi, 35, dari Kuala Lumpur serta ahli keluarga masingmasi­ng,” katanya Shamsul Anuar berkata Noor Azimah yang merupakan seorang ibu tunggal dijangka pulang bersama anaknya Qistina Maisara Alarcon Sapie manakala Noor Suzanna akan membawa bersama suami Garlin Lever Quispe Sanchez serta dua anaknya Muhammad Duler Akasyah Salas Azmi dan Garlin Junior Quispe Azmi.

Noor Azimah sebelum ini dalam perjalanan ke Amerika Syarikat ( AS) tetapi telah ditinggalk­an sindiket pengedaran dadah di Peru selepas tidak dibenarkan masuk ke AS dan telah terkandas di Peru hampir 10 tahun.

Noor Suzanna pula dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana dipercayai turut terlibat dalam sindiket pengedaran dadah namun terkandas di Peru selepas dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama empat tahun.

“Sebenarnya tidak semudah itu untuk kita membawa mereka pulang. Sebagai contoh, Noor Suzanna memerlukan kebenaran bapa kepada Muhammad Duler Akasyah iaitu seorang warganegar­a Peru yang ketika ini sedang meringkuk dalam penjara di sana,” kata Shamsul Anuar.

Selain itu, urusan dokumentas­i Qistina Maisara, Garlin Lever, Muhammad Duler Akasyah dan Garlin Junior akan mengambil masa kerana mereka bukan warganegar­a Malaysia.

“BiKUM akan tanggung kos berkaitan Allahyarha­mah Syzlin dan kita juga akan tanggung kos untuk bawa pulang Noor Azimah dan Noor Suzanna serta ahli keluarga mereka ke sini.

“Kami berharap mereka dapat pulang dan boleh membantu tingkatkan kesedaran rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati mengenai perkara ini kerana ramai dalam kalangan rakyat Malaysia terutama remaja dan wanita terpengaru­h dengan sindiket pengedaran dadah antarabang­sa yang semakin berleluasa,” katanya.

Shamsul Anuar berkata beliau turut berharap urusan itu dapat diselesaik­an segera oleh Wisma Putra supaya kesemua mereka dapat dibawa pulang seboleh- bolehnya sebelum akhir tahun ini. — Bernama

Ini tidak termasuk kos pengurusan yang akan menaikkan kos kepada RM40,000. Kita juga mesti membawa waris ke sana, maka kosnya mungkin akan mencecah RM100,000 berbanding jika kita bawa jenazah kembali ke negara ini dan dikebumi di Malaysia. Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah Pengerusi BiKUM

 ?? — Gambnar Bernama ?? DITAHAN: Anggota polis membawa sebahagian daripada 20 anggota Geng Pak Su di Mahkamah Sesyen dekat Alor Setar, semalam kerana terbabit dalam aktiviti penyeludup­an di sekitar sempadan Malaysia-Thailand.
— Gambnar Bernama DITAHAN: Anggota polis membawa sebahagian daripada 20 anggota Geng Pak Su di Mahkamah Sesyen dekat Alor Setar, semalam kerana terbabit dalam aktiviti penyeludup­an di sekitar sempadan Malaysia-Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia