Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas disamun dalam perjalanan ke masjid

-

BESUT: Sepasang warga emas yang sedang dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Subuh disamun dua lelaki bertopeng di pekarangan rumah mereka di Kampung Alor Lintang dekat sini kira-kira jam 5.35 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Kamsani Hassan berkata pasangan itu telah diikat kedua-dua suspek yang bersenjata­kan sebilah pisau sebelum melarikan beberapa barang milik mangsa termasuk wang tunai yang kesemuanya berjumlah RM30,000.

Bagaimanap­un, katanya, pasangan warga emas yang berumur 70 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kejadian itu berkata semasa suami mangsa yang merupakan pesara guru sedang meng- hidupkan enjin keretanya apabila kedua-dua suspek datang mengugutny­a lalu mengikat mangsa dengan wayar kabel dan dibiarkan di sisi kereta.

“Suspek kemudian naik ke rumah mangsa setelah mengambil kunci rumah daripada mangsa dan mengikat isteri mangsa yang ketika itu sedang membaca al-Quran. Suspek kemudian melarikan diri sebaik melarikan beber- apa barangan berharga milik mangsa,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Kamsani, antara barangan yang dilarikan ialah seutas gelang emas, dua telefon bimbit, sebuah komputer riba dan wang tunai RM2,500 yang kesemuanya berjumlah RM30,000.

Siasatan awal mendapati suspek kemungkina­n adalah penduduk tempatan atau dari negeri-negeri Pantai Timur berdasarka­n gaya pertuturan menggunaka­n dialek Kelantan.

“Semasa menyamun, kedua-dua suspek memakai baju lengan panjang berwarna gelap dan seluar hitam di samping memakai sarung tangan yang juga warna hitam.

Kedua- dua suspek kini masih diburu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia