Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Hilmi nafi bantu ‘doktor gigi palsu’ Tahap keselamata­n masjid jadi tumpuan pelancong akan ditingkatk­an

Doktor gigi palsu dakwa perniagaan­nya disokong Kementeria­n Kesihatan

-

GEORGE TOWN: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya menafikan kementeria­n itu memberi sokongan dan bantuan kepada seorang individu yang menjalanka­n perkhidmat­an perniagaan pendakap gigi palsu secara haram, seperti didakwa individu itu baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya dan mana- mana anggota pentadbira­n dalam kementeria­n berkenaan tidak pernah menyokong atau berkomprom­i dengan individu yang jelas melanggar peraturan negara malah memberi kesan buruk kepada pelanggan.

“Amalan pergigian secara haram adalah satu kesalahan di negara kita dan wanita itu juga telah dijatuhkan hukuman di mahkamah malah saya tidak kenal wanita itu secara peribadi dan tidak mempunyai wang yang banyak untuk membantu membayar dendanya seperti didakwa.

“Tapi saya akui sebelum ini ada wakil daripada wanita itu datang untuk memohon bantuan saya, tetapi saya tidak mencampuri urusannya kerana kes itu telah dibawa ke mahkamah malah kesalahann­ya itu memang tidak boleh dikompromi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Psikologi Kaunseling peringkat Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, semalam.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan seorang dok- tor gigi palsu yang dijatuhi hukuman denda RM70,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu oleh mahkamah pada 29 Sept lalu kononnya perniagaan­nya mendapat sokongan Kementeria­n Kesihatan.

Nur Farahanis Ezatty Adli, 20, turut memuat naik ucapan penghargaa­n kepada Dr Hilmi dan pihak kementeria­n, sebaik dia dibebaskan, dengan bantuan Persatuan Pengguna Islam Malay- sia (PPIM) dan Persatuan Penggiat Ekonomi Malaysia ( PPEM) melalui kutipan derma orang ramai.

Dalam pada itu, Dr Hilmi berkata sejak 2015 hingga Jun tahun ini, sebanyak 68 aduan rasmi diterima pihaknya berhubung pengamal pergigian haram dengan 41 kes membabitka­n pendakap gigi palsu.

Beliau berkata dalam tempoh itu, sebanyak 15 kes telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah di bawah Seksyen 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan daripada jumlah berkenaan sebanyak lima kes telah mengakibat­kan ‘Orang Kena Tuduh’ dipenjarak­an kerana gagal membayar denda.

“Menerusi seksyen itu, seseorang yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM300,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya. Memang ia memperuntu­kkan hukuman yang berat dan kami juga mengambil tindakan undang- undang yang tegas kerana memberi kesan buruk kepada kesihatan pengguna akibat amalan perkhidmat­an pergigian haram itu,” katanya.

Sementara itu, Dr Hilmi berkata sebanyak 76,061 pesakit psikiatri menerima rawatan di klinik psikiatri di hospital, jabatan pesakit luar dan bahagian kecemasan hospital kerajaan manakala 29.3 peratus daripada rakyat Malaysia menghadapi masalah kesihatan mental tahun lepas.

“Ketika ini ada 1,762 pegawai psikologi bagi kaunseling dan umum serta 243 pegawai psikologi klinikal manakala bilangan pakar psikiatri ialah 207 di hospital kerajaan dan 115 di hospital swasta. Kementeria­n dalam usaha menambah jumlah mereka supaya dapat memberi perkhidmat­an serta rawatan kepada pesakit yang semakin meningkat,” katanya. — Bernama KUALA TERENGGANU: Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) bagi meningkatk­an tahap keselamata­n masjid-masjid yang menjadi tumpuan pelancong.

Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pihaknya melalui Pusat Pelanconga­n Islam (ITC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memperkuku­hkan unit keselamata­n masjid agar dapat menghindar­i sebarang ancaman keselamata­n daripada kumpulan pelampau.

“Kita akan jemput KDN memberi taklimat keselamata­n, memberi situasi terkini mengenai ancaman yang boleh menjejaska­n keselamata­n pengunjung kepada unit keselamata­n masjid-masjid sebagai langkah awal bagi memastikan rumah ibadat termasuk 30 masjid yang disenarai sebagai masjid pelanconga­n di negara ini berada dalam keadaan selamat. — Bernama

Tapi saya akui sebelum ini ada wakil daripada wanita itu datang untuk memohon bantuan saya, tetapi saya tidak mencampuri urusannya kerana kes itu telah dibawa ke mahkamah malah kesalahann­ya itu memang tidak boleh dikompromi. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya Timbalan Menteri Kesihatan

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Ahmad Zahid (empat kiri) merasmikan Persidanga­n Psikologi Modal Insan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya di Putrajaya, semalam. Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman (tiga kiri).
— Gambar Bernama PERASMIAN: Ahmad Zahid (empat kiri) merasmikan Persidanga­n Psikologi Modal Insan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya di Putrajaya, semalam. Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia