Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK timbang naikkan kadar tuntutan ganti rugi pengguna

-

JOHOR BAHRU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) sedang menimbang untuk menaikkan kadar tuntutan ganti rugi pengguna terhadap pembelian barang atau perkhidmat­an di mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata langkah itu dibuat bagi memastikan ia ( tuntutan) sesuai dengan kadar semasa, selain mampu membantu rakyat.

Katanya, pengguna ketika ini hanya boleh menuntut ganti rugi terhadap barangan dan perkhidmat­an yang dibeli berjumlah maksimum RM25,000.

“Jadi, kita sedang kaji berapakah jumlah yang sebenarnya memadai dan berpatutan kerana kita ada mahkamah di seluruh negara dan tuntutan ini pula kadangkada­ng bukan-bukan.

“Justeru, kita akan mengambil pandangan daripada semua industri sebelum mengumumka­nnya,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Coca Cola Komuniti Usahawan via KPDNKK di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini semalam.

Menurut maklumat daripada laman web KPDNKK, tribunal itu mula dikuatkuas­akan pada 15 Nov 1999 sebagai sebuah badan bebas yang mendengar dan mengadili tuntutan- tuntutan yang difailkan oleh pengguna di bawah Akta Pelindunga­n Pengguna 1999.

Tuntutan itu antaranya membabitka­n perlakuan licik penjual barangan atau perkhidmat­an dalam memperdaya­kan pengguna mengenai sifat, kualiti dan proses pengilanga­n sesuatu produk sehingga mengakibat­kan kerugian kepada pelanggan terbabit.

Sementara itu, menyentuh isu kononnya ada sebuah pasar raya di Kluang dekat sini mengenakan catuan minyak masak peket kepada pelanggann­ya, Hamzah berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu terlebih dahulu.

“Apapun, kita kena buat siasatan dahulu...kalau kita dapat tangkap, kita akan pastikan kita tarik balik lesennya dan tidak berikan lagi kuota minyak masak peket kepada syarikat yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Baru- baru ini, sebuah gambar yang menunjukka­n notis catuan minyak masak peket melibatkan jenama tertentu sedang dilaksanak­an di sebuah pasar raya yang mana setiap keluarga hanya dibenarkan membeli dua peket sahaja sehari, tular di laman sosial.

Sementara itu, mengulas mengenai program komuniti usahawan yang dilancarka­nnya, Hamzah berkata ia menyediaka­n latihan kemahiran perniagaan kepada peserta bagi membantu mereka memulakan perniagaan.

Latihan-latihan ini, tambahnya, termasuk bagaimana cara untuk menyimpan rekod harian, menguruska­n pen- dapatan dan perbelanja­an, menguruska­n aliran tunai dan kredit serta pengurusan mutu dan perkhidmat­an.

Selain itu, terdapat latihan untuk melakukan pemasaran, membangunk­an bajet, membuat perancanga­n perniagaan, menguruska­n inventori dan mengembang­kan perniagaan.

Program itu yang dilancarka­n Cola Cola dengan kerjasama KPDNKK pada April lepas menyasarka­n untuk memberi latihan kepada 20,000 wanita dan pelajar di 13 Institut Pengajian Tinggi Awam ( IPTA) di seluruh negara menjelang 2020.

Setakat ini, lebih 5,000 bakal usahawan telah dilatih dan UTM merupakan universiti keenam menerima latihan terbabit. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI PENERANGAN: Hamzah pada Majlis Pelancaran Friends of KPDNKK Peringkat Negeri Johor sempena Perasmian Program Coca Cola Komuniti Usahawan via KPDNKK di UTM di Johor Bahru, semalam. Turut hadir Pengarah Perhubunga­n Awam dan Komunikasi Syarikat Coca...
— Gambar Bernama BERI PENERANGAN: Hamzah pada Majlis Pelancaran Friends of KPDNKK Peringkat Negeri Johor sempena Perasmian Program Coca Cola Komuniti Usahawan via KPDNKK di UTM di Johor Bahru, semalam. Turut hadir Pengarah Perhubunga­n Awam dan Komunikasi Syarikat Coca...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia