Utusan Borneo (Sarawak)

Penjagaan kanak-kanak mangsa dera diputuskan dalam tempoh sebulan

-

KUANTAN: Keputusan tentang soal penjagaan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang menjadi mangsa dera dengan diikat pada sebuah tong gas barubaru ini, hanya akan dapat diketahui dalam tempoh sebulan.

Pengerusi Jawatankua­sa Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata buat masa ini pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang menyiapkan laporan intervensi untuk diserahkan kepada pihak mahkamah sebelum tindakan lanjut diputuskan.

“Semalam ( kelmarin), bapa kandung kepada kanak- kanak itu yang berusia 36 tahun ada memaklumka­n kesediaan beliau untuk menjaga semula anaknya kerana sebelum ini pun memang dia tinggal bersamanya di Melaka, namun selepas itu diambil oleh bekas isterinya untuk tinggal di sini.

“Bagaimanap­un saya telah jelaskan kepada beliau bahawa kes ini sekarang di bawah Akta Kanak-Kanak dan anaknya itu berada di bawah perlindung­an JKM. JKM akan menghantar satu laporan kepada pihak mahkamah dalam tempoh 30 hari.

“Sekiranya mahkamah berpuas hati bahawa ayah kandung ini layak untuk menjaga kanak- kanak itu, maka mahkamah akan mem- beri hak penjagaan kepada beliau. Apapun kita tunggu laporan JKM dan penilaian pihak mahkamah nanti,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kelmarin, bapa kandung kepada kanak-kanak malang itu datang dari Teluk Mas, Melaka untuk menziarahi anaknya di Hospital Tengku Ampuan Afzan ( HTAA) menyebabka­n anak ketiga daripada lima beradik itu tidak dapat menahan perasaan sedih dan ingin mengikut bapanya itu pulang.

Mengulas lanjut tentang kesihatan mangsa, Shahaniza berkata kanak- kanak itu dijangka akan dibenarkan pulang dalam tempoh sehari dua lagi.

“Selepas keluar nanti JKM akan mengambil dan menjaganya di sebuah rumah perlindung­an kanak-kanak di sini sementara mendapat perintah mahkamah,” katanya.

Sementara itu, tempoh tahanan reman terhadap bapa tiri mangsa akan dilanjutka­n tiga hari lagi sehingga 12 Okt.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata bagaimanap­un ibu kepada kanak-kanak itu telah pun dibebaskan dengan jaminan polis semasa hari dia ditahan selepas diambil keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia