Utusan Borneo (Sarawak)

TPM cadang wujudkan Indeks Kesejahter­aan Psikologi M’sia

-

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangk­an agar Indeks Kesejahter­aan Psikologi Malaysia diwujudkan bagi mengukur tahap kesejahter­aan mental dan emosi rakyat negara ini.

Beliau berkata, ia penting bagi memastikan tenaga kerja yang menyumbang kepada pembanguna­n negara diisi dengan individu-individu yang sentiasa berfikiran positif, matang, mempunyai keupayaan berfikir secara kreatif dan inovatif serta ampuh menghadapi cabaran dunia semasa.

“Modal insan bertaraf dunia boleh dicapai sekiranya setiap tenaga kerja mempunyai minda dan keinginan untuk mencapai kecemerlan­gan, disaluti etika yang luhur dan mengamalka­n budaya berpencapa­ian tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan Persidanga­n Psikologi Modal Insan 2017, di sini semalam.

Beliau mahu perkhidmat­an psikologi dalam pengurusan modal insan negara ini terus diperkasa bagi memastikan keseimbang­an fizikal, emosi, tingkah laku dan rohani warga kerja berada di tahap yang terbaik untuk memberi sumbangan terbaik kepada negara.

“Setiap guna tenaga yang ada di negara ini perlu dipastikan dalam keadaan terbaik agar mereka boleh bersama menggerakk­an gelombang kecemerlan­gan negara menjelang 2050,” katanya.

Dalam perkhidmat­an awam, katanya, sistem sokongan serta pencegahan kepada permasalah­an psikologi bagi membantu penjawat awam telah diwujudkan melalui Program Rakan Pembimbing Perkhidmat­an Awam (AKRAB).

Sejak diperkenal­kan pada 2005, program itu telah berjaya dan berfungsi untuk membantu penjawat awam menangani isu dalam kehidupan dan pekerjaan mereka, katanya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan melalui Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) juga telah melancarka­n Program Return to Work ( RTW) pada 2007 bertujuan membantu pencarum yang hilang upaya menjalani sesi kaunseling, intervensi pemulihan fizikal, pemulihan vokasional, latihan pekerjaan dan akhirnya boleh kembali bekerja. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia