Utusan Borneo (Sarawak)

PPIM nafi bantu bebaskan ‘doktor gigi palsu’

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan dakwaan kononnya membantu membebaska­n ‘ doktor gigi palsu’ yang didenda RM70,000 kerana didapati menjalanka­n perniagaan memasang pendakap gigi secara haram baru- baru ini.

Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM tidak pernah menyokong atau mengiktira­f tindakan individu yang boleh mengundang risiko kepada golongan pengguna di negara ini.

Oleh itu, beliau kesal dengan dakwaan itu yang menurutnya telah mengundang salah faham sehingga menjadi kecaman dalam kalangan netizen.

“Netizen termasuk golongan profesiona­l seperti doktor gigi bertauliah menuduh PPIM membantu membebaska­n individu tersebut yang hanya mempelajar­i kaedah pemasangan pendakap gigi dari YouTube... seolah- olah merendahka­n martabat dan menghina usaha mereka ( doktor gigi) yang perlu bertungkus­lumus mendapatka­n kelayakan dalam bidang pergigian.

“PPIM hanya berperanan memberikan khidmat nasihat kepada pihak keluarga dan peguam doktor gigi palsu itu yang datang berjumpa dengan PPIM selepas hukuman dijatuhkan kepada individu berkenaan,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Nadzim berkata, pihaknya juga tidak terlibat dalam mencari dan mengumpulk­an sebarang dana atau mempromosi­kan ‘ fundraisin­g’ sehingga mencecah RM70,000, sebaliknya ia adalah hasil kutipan yang dilakukan oleh Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia ( PPEIM).

Beliau mengulas mengenai dakwaan netizen di media sosial yang mengaitkan PPIM dengan pembebasan seorang wanita yang telah dijatuhi hukuman denda kerana menjalanka­n perniagaan memasang pendakap gigi secara haram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia