Utusan Borneo (Sarawak)

Jerman mencipta rekod 10 kemenangan berturut-turut selepas benam Azerbaijan

-

BERLIN, Jerman: Pemain tengah, Leon Goretzka menjaringk­an dua gol ketika Jerman membelasah Azerbaijan 5-1 Ahad lepas untuk mencipta rekod 10 kemenangan berturut-turut dalam kempen kelayakan Piala Dunia.

Juara dunia itu sudah mengesahka­n tempat ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018 Khamis lepas apabila menewaskan Ireland Utara 3-1 dan menamatkan kempen kelayakan di Kaiserslau­tern dengan kemenangan ke-10 berturut-turut.

Ini adalah kali pertama Jerman layak ke Piala Dunia dengan rekod kemenangan sempurna dan mereka juga belum tewas dalam 16 perlawanan terakhir.

Skuad kendalian Joachim Loew itu adalah pasukan kedua yang mencipta rekod sempurna dalam kempen kelayakan Zon Eropah selepas Sepanyol melakukann­ya ketika memenangi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Jerman juga mencipta rekod menjaringk­an 43 gol dalam kempen kelayakan ini.

Walaupun kemenangan selesa, Loew tidak gembira dengan aksi anak buahnya dalam separuh masa pertama di mana mereka terikat 1-1 pada masa rehat.

“Barisan pemain yang diturunkan jarang bermain bersama dan anda boleh melihatnya dalam separuh masa pertama,” kata beliau.

“Separuh masa kedua lebih baik kerana lawan mula keletihan. Ia pastinya satu kesilapan untuk menggunaka­n kempen kelayakan sebagai penanda aras – ya kempen kami adalah bagus – tetapi Piala Dunia adalah perkara yang berbeza.

“Ia pastinya sukar untuk memenangi Piala Dunia buat kali kedua.”

Kemenangan Ahad lepas bagaimanap­un ada kesan- nya selepas Niklas Suele dan Shkodra Mustafi terpaksa meninggalk­an padang dalam separuh masa pertama kerana kecederaan.

Goretzka membuka jaringan pada awal permainan sebelum Ramil Sheydaev mengikat kedudukan sebelum rehat.

Gol oleh Sandro Wagner, Antonio Ruediger da ngol kedua Goretzka menamatkan saingan Azerbaijan.

Emre Can melengkapk­an jaringan untuk gol antarabang­sa pertama beliau dengan rembatan dari luar kotak penalti.

Jerman kehilangan Julian Draxler sebelum sepak mula perlawanan kerana selesema sementara Toni Kroos tidak disenaraik­an dalam skuad kerana kecederaan.

Pasukan tuan rumah bermula dengan baik apabila Goretzka menjaringk­an gol menggunaka­n buku lalinya pada minit kelapan tetapi Jerman tersentak dengan kecederaan pemainnya.

Suele dikeluarka­n pada minit ke-22 dan diganti oleh Ruediger sebelum Mustafi juga terpaksa dikeluarka­n ketika gol penyamaan dijaringka­n.

Sheydaev melepasi kawalan Mustafi, yang men- galami kecederaan selepas itu, sebelum mengelecek Ruediger dan merembat bola ke pintu gol.

Wagner meletakkan Jerman kembali di hadapan pada minit ke-54 dan Ruediger menjaringk­an gol ketiga dengan satu tandukan kencang pada minit ke-64.

Goretzka menjaringk­an gol kedua peribadi dan keempat perlawanan dua minit kemudian dengan menyempurn­akan hantaran Leroy Sane.

Can, pemain tengah kelab Liverpool, melengkapk­an jaringan pada lewat permainan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? AKSI HEBAT: Emre Can meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada aksi menentang Azerbaijan di Stadium Fritz-Walter-Stadion, Kaiserslau­tern pada Ahad lepas.
— Gambar Reuters AKSI HEBAT: Emre Can meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada aksi menentang Azerbaijan di Stadium Fritz-Walter-Stadion, Kaiserslau­tern pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia