Utusan Borneo (Sarawak)

Jaringan berganda Salah pastikan Mesir ke Rusia

-

KAHERAH, Mesir: Penyerang Mohamed Salah menyempurn­akan satu tendangan penalti pada minit kecederaan untuk membolehka­n Mesir mencipta kemenangan 2-1 ke atas Kongo Brazzavill­e Ahad lepas, sekali gus mengesahka­n tempat ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Salah membuka jaringan buat Mesir pada separuh masa kedua perlawanan di Alexandria tetapi Arnold Bouka Mouto mengikat kedudukan dua minit sebelum tamat permainan.

Kemenangan buat Mesir memastikan mereka tidak lagi mampu dipintas (berkelebih­an empat mata) oleh Uganda dalam Kumpulan E dengan baki satu perlawanan sahaja lagi

Uganda harus menyalahka­n diri mereka sendiri kerana seri tanpa jaringan dengan Ghana pada perlawanan di Kampala pada hari Sabtu.

Kesilapan pertahanan membolehka­n Salah membuka jaringan pada minit ke-63 pada perlawanan di Stadium Borg El Arab yang boleh memuatkan 85,000 penonton.

Tetapi Kongo mengancam untuk mengecewak­an penonton tuan rumah apabila Moutou, pemain gantian, menewaskan penjaga gol veteran Mesir, Essam El Hadary dari dalam kotak penalti untuk mengikat kedudukan.

Keputusan seri tidak memadai untuk Mesir mengesahka­n kelayakan dan mereka berusaha untuk memburu gol kemenangan, yang hadir apabila Salah menyempurn­akan tendangan penalti.

Kali terakhir Mesir layak ke Piala Dunia ialah pada 1990 sebelum mengharung­i banyak kekecewaan selepas itu.

Desakan untuk kelayakan begitu mendebarka­n sebelum perlawanan di mana jurulatih Mesir, Hector Cuper, mengakui mengambil ubat untuk tekanan darah tingginya.

“Saya mengambil ubat darah tinggi kerana ketegangan yang saya alami dari kritikan berterusan,” kata beliau kepada wartawan tetapi enggan mengulas siapa yang mengkritik­nya.

“Hidup penuh dengan ketegangan, tetapi cabaran untuk melangkah ke Piala Dunia adalah yang ketegangan paling sukar yang saya hadapi.”

Mesir juga menewaskan Kongo di tempat lawan dan Ghana dan Uganda di tempat sendiri untuk mengumpul 12 mata, dengan satu-satu kekalahan adalah di Uganda.

Nigeria menjadi pasukan pertama dari benua Afrika yang layak ke Rusia selepas menewaskan Zambia 1- 0 untuk Kumpulan B Sabtu lepas.

Tunisia atau Republik Demokratik ( DR) Kongo akan layak dari Kumpulan A dan Maghribi atau Ivory Coast dari Kumpulan C.

Semua empat pasukan dalam Kumpulan D - Senegal, Burkina Faso, Cape Verde dan Afrika Selatan – masih berpeluang muncul juara kumpulan dengan perlawanan terakhir akan berlangsun­g pada bulan November. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia