Utusan Borneo (Sarawak)

FAS habis masa tujuh tahun letakkan S’wak pada kedudukan yang terbaik

-

KUCHING: Isu kegagalan Persatuan Bola Sepak Sarawak ( FAS) mendapatka­n lesen mengakibat­kan pasukan Sarawak tidak menyertai Liga Malaysia musim depan turut mendapat perhatian bekas presidenny­a, Datuk Sudarsono Osman.

Ini berikutan dakwaan pengurusan baharu mengatakan masalah itu berpunca daripada pengurusan lama badan induk bola sepak negeri itu.

Sudarsono dalam kenyataann­ya berkata, FAS telah menghabisk­an masa selama tujuh tahun meletakkan bola sepak Sarawak pada kedudukan yang terbaik.

“Objektif kami menyerahka­n FAS kepada pengurusan seterusnya dalam keadaan yang lebih baik daripada ketika kami menerimany­a.

“Saya gembira ketika tempoh akhir ( 9 Se p t e m - ber 2016) FAS me w u j u d k a n kredibilit­i lebih baik kalangan pemegang berkepenti­ngan,” kat an y a dalam satu kenyataan di sini semalam. Sudarsono turut mendedahka­n pihaknya turut mendapatka­n pembiayaan kerajaan negeri selain membawa tajaan syarikat berkaitan kerajaan ( GLC) dan syarikat swasta. Ini bertujuan meningkatk­an keupayaan kewangan FAS walaupun kos menguruska­n pasukan dalam Liga Malaysia terus bertambah setiap tahun. Katanya, pengurusan bola sepak profesiona­l bukan perkara yang mudah kerana memerlukan jumlah pembiayaan besar. “Pengurusan akan terus menghadapi pelbagai cabaran dan persoalan daripada persembaha­n pasukan, keharmonia­n pasukan, pemain, penyokong dan kewangan. “Te t a p i , s e m u a cabaran itu adalah norma dalam pengurusan bola sepak profesiona­l dan semuanya per- lu ditangani. Anda tidak boleh mengelakka­nnya.

“Perkara terakhir boleh anda lakukan ialah menyalahka­n orang lain untuk situasi anda,” katanya.

Sudarsono menambah, sekiranya ada berpendapa­t menguruska­n pasukan bola sepak profesiona­l seperti berjalan kaki di taman maka seseorang itu tidak tahu tentang bola sepak.

Apa yang penting, buat masa sekarang pengurusan dan pasukan perlu fokus memenangi perlawanan terakhir Liga Super 2017 bagi memastikan Sarawak terus kekal bersaing musim depan.

“Pemain- pemain adalah aset paling penting pasukan, bina keyakinan pemain dalam pengurusan FAS dan fokus pada mewujudkan persekitar­an kestabilan untuk pemain-pemain masa depan.

“Menyuaraka­n masalah pengurusan dalaman tidak akan membantu membina kepercayaa­n pemain- pemain dalam pengurusan,” katanya.

Sudarsono berkata, jika pemain- pemain kehilangan kepercayaa­n dalam pengurusan FAS berisiko kehilangan semua bakat tempatan. “Sehubungan itu, program pembanguna­n mestilah berterusan dan berusaha dengan tekun selain bersabar dan bersedia melalui proses itu,” katanya. MARUDI: Atlet menyertai mana-mana kejohanan sukan harus menyemai amalan disiplin dalam diri masingmasi­ng membolehka­n mereka berjaya dan maju dalam sukan disertai.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Gerawat Gala berkata dengan adanya disiplin kuat dan minda serta tubuh sihat atlet akan berjaya sama ada dalam gelanggang ataupun sebaliknya.

“Malah, atlet-atlet terkemuka negara khusus anakanak Sarawak seperti ratu terjun, Pendelela Rinong dan bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek berjaya kerana disiplin tinggi.

“Tanpa disiplin tinggi boleh memudarkan bakat- bakat atlet dan membantutk­an kemajuan serta menghalang cita-cita mereka melangkah ke peringkat lebih tinggi,” katanya pada Majlis Penangguha­n Kejohanan Sukan Gabungan Tiga Sekawan 2017 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Tutoh dekat sini kelmarin.

Selain itu, katanya, disiplin dalam sukan turut memupuk semangat berpasukan kalangan pelajar dan boleh menilai pencapaian sebagai seorang individu dengan pencapaian satu pasukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu itu mahu pelajar khususnya terlibat dalam apa juga sukan bermula di peringkat sekolah mendidik diri sendiri berdisipli­n bagi memajukan masa depan dalam bidang sukan dan mengharumk­an nama sekolah.

Kejohanan itu disertai SK Peking, SK Benawa dan SK Kuala Tutoh selaku tuan rumah pada tahun ini.

Dalam perkembang­an lain, mengenai isu penyambung­an jalan raya dari Kampung Benawa ke Kuala Tutoh, Gerawat berkata beliau telah mengemukak­an perkara itu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Miri turut menghantar penolong juruterany­a mengkaji peta jalan raya sepanjang lapan kilometer itu yang akan diperbaiki secepat mungkin.

“Mengenai bekalan elektrik 24 jam, kalau kita menunggu sambungan kabel dari Miri mungkin mengambil masa lama, justeru kita merancang membina sub-stesen di Logan Bunut tetapi saya fikir lebih baik kita lakukan kajian terlebih dahulu dan memberi tenaga solar hibrid untuk bekalkan ke Kuala Tutoh juga memerlukan pihak berkaitan mengkaji prosesnya,” jelas beliau.

Pada majlis sama, Gerawat turut meluluskan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM2,500 untuk SK Sungai Peking, RM2,500 untuk SK Benawa dan RM3,500 untuk SK Kuala Tutoh serta RM3,000 lagi untuk RELA Kuala Tutoh.

Beliau turut menyampaik­an MRP berjumlah RM35,000 untuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kuala Tutoh.

 ??  ?? SUDARSONO
SUDARSONO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia