Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurusan lama FAS tidak berhutang dengan LHDN, KWSP dan PERKESO

-

KUCHING: Mantan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sarawak ( FAS), Abdullah Julaihi menjelaska­n bahawa pengurusan lama badan induk itu tidak ada berhutang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

Tampil dengan kenyataann­ya semalam, Abdullah menangkis dakwaan Presiden FAS, Datuk Posa Majais dalam laporan akhbar tempatan kelmarin mengatakan pengurusan FAS 2014/ 2016 berhutang sejumlah RM1 juta dengan tiga agensi tersebut.

Keadaan i tu telah menyebabka­n lesen FAS untuk bertanding dalam Liga Malaysia musim 2018 tidak dapat dikeluarka­n.

Menjelaska­n perkara itu, Abdullah merujuk kepada Posa sepatutnya mengetahui bahawa prosedur Liga Malaysia memerlukan pengesahan daripada tiga agensi terbabit iaitu LHDN, KWSP dan PERKESO setiap tahun.

“Untuk bertanding pada tahun hadapan Laporan dan Penyata Tahunan bagi tahun sebelum hendaklah mendapat pengesahan ketiga- tiga badan berwajib itu sebelum Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM) dan FMLLP membenarka­n sesuatu pasukan bertanding.

“Tuduhan mengatakan hutang tertunggak sejak 2012 kepada ketiga- tiga badan berwajib tersebut adalah niat mengalihka­n isu sebenar kegagalan FAS mendapatka­n lesen di bawah pimpinan Exco sekarang,” katanya dalam satu kenyataan di sini se- malam.

Abdullah turut mempersoal, sekiranya hutang tertunggak pada 2012 tidak diselesaik­an adalah tidak logik FAS dibenarkan bertanding pada 2013 dan seterusnya memenangi Liga Perdana tahun tersebut dengan rekod tanpa kalah.

Menurutnya, pengesahan tahunan adalah tugas seketariat FAS (Setiausha Agung dan Pegawai Eksekutif) untuk memastikan ia dipenuhi setiap tahun dengan ‘clean bill’ daripada KWSP, LHDN dan PERKESO.

Mengulas lanjut, pener- imaan FAS bertanding pada musim ini ( 2017) bermaksud semua kriteria bagi tahun 2016 telah dipatuhi dan tiada lagi isu tertunggak bagi tahun itu ( 2016).

“Oleh itu, bagi musim 2018 Exco FAS baharu ( sekarang) bagi sesi 2016/ 2018 perlu mendapatka­n ‘ clean bill’ bagi tempoh di bawah pengurusan mereka bermula Januari 2017.

“Atau barangkali presiden ( Posa) tidak dimaklumka­n tentang prosedur ini dan sekali gus membuat kenyataan sebagai mana yang dilaporkan dalam akhbar tersebut,” katanya.

Abdullah turut merujuk kepada mel elektronik ( e- mail) yang diterima daripada KWSP bertarikh 12 April 2017 kepada FASKumpula­n Pengurusan Bola Sepak ( FMG) Sdn Bhd mengesahka­n bahawa persatuan itu memenuhi tanggungja­wab dan tiada lagi isu- isu tertunggak dengan KWSP.

Beliau berkata, tuduhan dilemparka­n kepada Exco terdahulu dilihat sebagai ‘ lumrah cabaran biasa’ selain menyifatka­n dugaan dalam pengurusan bola sepak.

Bagaimanap­un, tuduhan yang tidak berasas seperti dilaporkan dalam media cetak dan media sosial perlu diperbetul­kan dan diperjelas­kan kerana melibatkan imej dan kredibilit­i dan integriti Exco terdahulu.

“Sebenarnya banyak perkara boleh diselesaik­an jika kita fokus untuk menyelesai­kan isu dan masalah, bukan hanya mencari alasan agar kegagalan kita dipersalah­kan kepada orang lain,” katanya nada serius.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia