Utusan Borneo (Sarawak)

Habuan RM30,000 jika menang

TMJ suntik semangat skuad M’sia menjelang aksi menentang Hong Kong

-

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya menerima suntikan semangat menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong hari ini apabila dijanjikan imbuhan RM30,000 seandainya berjaya menewaskan pasukan tuan rumah itu.

Berita baik itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi sidang video bersama pemain dan ketua jurulatih, Nelo Vingada, dari Johor Bahru yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi FAM hari ini.

Tunku Ismail berkata kemenangan ke atas Hong Kong itu amat ditagih bagi menutup mulut segala kritikan yang dilemparka­n terhadap skuad kebangsaan kendalian Vingada itu.

Mata manusia tidak pernah menipu, kalau seluruh rakyat negara ini termasuk saya nampak anda semua memberi 110 peratus, kalah atau menang pun kita puas hati. Tunku Ismail Sultan Ibrahim Presiden FAM

“Mata manusia tidak pernah menipu, kalau seluruh rakyat negara ini termasuk saya nampak anda semua memberi 110 peratus, kalah atau menang pun kita puas hati.

“Kalau menang perlawanan ini, saya bagi bonus RM30,000. Seluruh rakyat Malaysia di belakang anda dan mendoakan kejayaan anda,” katanya.

Kunjungan skuad kebangsaan ke Hong Kong hanya mempunyai satu misi untuk meraih tiga mata penting bagi mencerahka­n peluang melayakan diri ke Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Anak didik Vingada sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Hong Kong pada aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 Sept lalu, dan tewas 1-2 di tangan Lubnan pada perlawanan pembukaan peringkat kumpulan pada 13 Jun.

Setakat ini, Malaysia menduduki tangga tercorot Kumpulan B dengan mengumpul satu mata daripada dua perlawanan dan Lubnan mendahului kumpulan dengan tujuh mata dari tiga perlawanan manakala Korea Utara dan Hong Kong berkongsi dua mata.

Dalam pada itu, Tunku Ismail menegaskan kepada semua pemain untuk tidak menghirauk­an kritikan daripada pihak yang tiada kaitan dalam arena bola sepak.

“Pertama sekali, ambil benda ini sebagai satu peluang untuk kita jawab balik setiap kritikan. Apa paling mustahak adalah anda semua berikan yang terbaik, saya tidak kisah apa orang lain nak cakap, saya sentiasa berada di belakang anda,” katanya. — Bernama

 ??  ?? TAHNIAH: Mawan menyampaik­an hadiah kepada wakil pasukan Singaraja muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Tan Sri Willam Mawan Ikom.
TAHNIAH: Mawan menyampaik­an hadiah kepada wakil pasukan Singaraja muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Tan Sri Willam Mawan Ikom.
 ??  ?? TUNGKU ISMAIL
TUNGKU ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia