Utusan Borneo (Sarawak)

Aksi di Quito tidak semudah yang disangkaka­n

-

MONTEVIDEO, Uruguay: Gambaran yang tidak pernah dibayangka­n di mana Piala Dunia tanpa Lionel Messi dan Argentina mungkin menjadi realiti hari ini apabila kempen kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Amerika Selatan sampai di penghujung.

Dua tahun lalu selepas Argentina memulakan kempen buruk kelayakan Piala Dunia dengan kekalahan 0-2 kepada Ecuador di tempat sendiri, skuad kendalian Jorge Sampaoli akan bertandang ke Quito untuk menentang Ecuador dengan harapan mereka ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018, masih tergantung.

Juara dunia dua kali itu memulakan perlawanan terakhir dengan berada di tangga keenam, di luar empat tangga teratas untuk kelayakan automatik dan juga tangga kelima untuk playoff kelayakan, yang ketika ini diduduki oleh Peru dengan kelebihan perbezaan gol berbanding mereka.

Namun dengan hanya dua mata memisahkan Chile (pasukan di tangga ketiga) dengan Paraguay (di tangga ketujuh), ada banyak kemungkina­n boleh berlaku.

Argentina hanya mampu memberi fokus kepada satu perkara, mengutip tiga mata penuh.

Kemenangan akan menjamin sekurang-kurangnya di tangga kelima, untuk perlawanan playoff timbal balik menentang wakil dari Zon Oceania, New Zealand, lawan yang dijangka boleh ditewaskan untuk layak ke Piala Dunia.

Tetapi mencapai kemenangan di Quito, dengan perlawanan berlangsun­g 2,850 meter dari aras laut, tidak semudah yang disangkaka­n.

Argentina mempunyai rekod buruk bermain menentang Ecuador, terutama sekali di Quito dengan kemenangan terakhir mereka di sana ialah pada 2001.

Sejak itu, dalam kempen kelayakan Piala Dunia, mereka tewas dua kali, pada 2005 dan 2009 dan seri 1-1 pada 2013.

Dan juga, Argentina ke- tika ini mengharung­i beberapa permainan hambar menyebabka­n ramai pihak berasa hairan walaupun dibarisi pemain bintang terkenal. Walaupun dalam menurunkan Messi, Sergio Aguero, Gonzalo Higuain, Paulo Dybala, Mauro Icardi dan Angel Di Maria sepanjang kempen, Argentina hanya menjaringk­an 16 gol dari 17 perlawanan. K h a m i s lepas, Argentina seri tanpa jaringan dengan Peru di tempat sendiri untuk keputusan seri ketiga berturuttu­rut. Mereka juga menjaringk­an hanya satu gol dari empat perlawanan kelayakan terakhir. Sampaoli cuba menamatkan badi itu minggu lepas dengan pemilihan mengejut Dario Benedetto di jentera serangan, satu pertaruhan yang gagal membuahkan hasil apabila penyerang kelab Boca Juniors itu mensia- siakan beberapa peluang.

Ia tidak jelas sama ada Sampaoli akan mengekalka­n Benedetto dalam skuad sekali lagi untuk perlawanan hari ini.

KetikaMess­idanrakans­epasukanny­a cuba menyesuaik­an diri bermain di altitud tinggi, jutaan rakan senegara mereka menanti penuh debaran.

Pada perlawanan lain, Chile boleh mengesahka­n kelayakan dengan kemenangan ke atas Brazil, yang sudah layak di Sao Paulo.

Uruguay juga memerlukan satu mata pada perlawanan menentang Bolivia untuk mengesahka­n tempat ke Rusia.

Selain perlawanan Argentina-Ecuador, perlawanan di antara Peru dan Colombia juga akan mencuri perhatian.

Colombia hampir mengesahka­n kelayakan ke Piala Dunia Khamis lepas apabila mendahului Paraguay 1- 0 sebelum tewas 1-2.

Kemenangan buat Paraguay menghidupk­an peluang kelayakan mereka apabila menanti kunjungan Venezuela tetapi peluang terbaik mereka untuk ke Rusia, bagaimanap­un bergantung kepada keputusan lain. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia