Utusan Borneo (Sarawak)

Singaraja ungguli Bola Sepak 9 Sebelah Piala Tan Sri Mawan

-

SARATOK: Pasukan Singaraja berjaya mengunggul­i Pertanding­an Bola Sepak 9 Sebelah Piala Tan Sri Willam Mawan Ikom anjuran Belia Rantau Sukat Brayang di sini petang kelmarin.

Pada pertanding­an peringkat akhir, Singaraja menewaskan pesaingnya, Borrusia Morinda dengan kemenangan tipis 1-0.

Selaku juara, Singaraja berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM1,000, piala dan pingat.

Manakala Borrusia Morinda turut membawa pulang hadiah wang tunai RM800, piala dan pingat.

Tempat ketiga menjadi milik KL Plus membawa pulang hadiah wang tunai RM600, piala dan pingat.

Sementara itu, KBSB men- duduki tempat keempat membawa pulang hadiah wang tunai RM200 dan piala.

Sebanyak 13 pasukan berentap pada kejohanan berlangsun­g di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Berayang, Roban itu.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Saratok, Tan Sri Willam Mawan Ikom. GEORGE TOWN: Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari mengumumka­n peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta mulai semalam selepas pasukan Liga Super negeri itu tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan.

“Harapan Pulau Pinang untuk kekal di Liga Super sudah pun pupus dan saya selaku Presiden FAP mengambil tanggungja­wab penuh terhadap kegagalan pasukan Pulau Pinang musim ini dengan meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada semua pegawai dan warga FAP di setiap peringkat termasuk Piala Presiden dan Piala Belia, serta kerajaan negeri atas sokongan dana yang amat penting selama ini.

Menjelang penutupan tirai musim Liga Malaysia 2017, Pulau Pinang hanya mampu mengumpul 12 mata daripada 21 pelawanan dan kini menduduki tangga tercorot liga dengan baki satu perlawanan.

Beliau berkata pasukan pengurusan telah melaku- kan yang terdaya dan yang terbaik untuk pasukan Harimau Kumbang namun nasib tidak menyebelah­i Pulau Pinang.

“Awalnya, kami membawa masuk jurulatih asing yang mempunyai rekod cemerlang dan kemudianny­a apabila tidak membuahkan hasil, menukarkan strategi dengan menggantik­an beliau dengan lagenda bola sepak tempatan, Zainal Abidin Hassan tetapi keputusann­ya masih sama,” katanya.

Namun, Zairil berkata beliau bangga dengan program pembanguna­n akar umbi apabila pasukan ba- wah-16 dan bawah-14 untuk mewakili FAP telah berjaya diwujudkan.

“Pasukan bawah-16 berjaya melayakkan diri ke separuh akhir kejohanan JSSL Pro-7s di Singapura, manakala pasukan bawah14 menjadi naib juara Piala Dunia Remaja Gothia di China,” katanya.

Zairil, yang sebelum ini, memikul tanggungja­wab sebagai pengurus pasukan, merupakan presiden FAP yang kedua meletak jawatan tahun ini selepas Datuk Seri Nazir Ariff Munshir Ariff mengundur diri pada awal Januari lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia