Utusan Borneo (Sarawak)

Syria perlukan satu lagi ‘keajaiban’

-

SYDNEY, Australia: Syria akan bergantung kepada semangat juang yang tinggi untuk menghidupk­an ‘keajaiban’ Piala Dunia apabila menentang Australia hari ini, dengan pasukan tuan rumah memiliki kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri.

Syria bernasib baik apabila mengikat kedudukan 1-1 pada perlawanan pertama yang berlangsun­g di Malaysia minggu lepas.

Tetapi ia sudah memadai untuk mengekalka­n kempen kelayakan hebat untuk negara yang dicengkam perang saudara.

Sekarang, ada 90 minit lain penentuan di Stadium ANZ di Sydney, dengan pemenang akan bermain satu lagi perlawanan playoff timbal balik menentang wakil dari Zon Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF).

“Perlawanan menentang Australia di Sydney adalah sukar, dan walaupun kami kehilangan lima pemain ( kerana kecederaan dan penggantun­gan), kami sudah biasa bermain di luar negara kami,” kata jurulatih Syria, Ayman Al-Hakim.

“Saya berkata kepada penyokong kami: apa yang kami capai setakat ini bukan hanya satu pencapaian tetapi satu keajaiban dan kami akan terus berusaha untuk meneruskan perjalanan kami di landasan untuk mencapai impian kami.”

Penyerang Omar al-Soma, yang baharu kembali ke dalam skuad selepas lapan menghilang dipercayai atas sebab politik, berkata skuad mereka tidak kekurangan kepercayaa­n diri.

“Keputusan seri (perlawanan pertama) adalah adil. Kunci untuk perlawanan kedua nanti ialah semangat juang yang tinggi,” kata beliau.

Gelanggang perlawanan adalah venue untuk beberapa saat manis dalam bola sepak Australia, termasuk kemenangan ke atas Uruguay pada playoff Piala Dunia pada 2005, yang membolehka­n Australia layak ke Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 32 tahun.

Jurulatih Australia, Ange Postecoglo­u berkata sokongan penyokong tempatan boleh menjadi perbezaan buat Australia, yang juga menjulang trofi Piala Asia di stadium yang sama pada 2015.

“Apabila 80 peratus pemain dalam skuad anda bermain di luar negara, ia memberikan kepentinga­n tambahan apabila mereka bermain di tempat sendiri dan di hadapan anggota keluarga dan rakan-rakan,” kata beliau.

Penyerang veteran, Tim Cahill, adalah satu- satu skuad yang masih bermain dari skuad yang menewaskan Uruguay pada 2005.

Pemain berusia 37 tahun, yang kurang dua gol untuk menjaringk­an 50 gol, menjadi pemain sokongan sejak akhir-akhir ini tetapi Postecoglo­u menimbangk­an untuk menurunkan beliau dalam kesebelasa­n utama dalam usaha menamatkan sebarang ancaman awal dari Syria.

“Saya benar-benar fikir permulaan perlawanan akan menjadi sangat penting. Kami harus bersedia menamatkan cabaran mereka lebih awal,” kata beliau.

Australia, yang menyertai Gabungan Bola Sepak Asia ( AFC) pada 2006, akan memburu penampilan keempat berturut-turut dan yang kelima di Piala Dunia sementara Syria akan memburu penampilan sulung. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia