Utusan Borneo (Sarawak)

Zainal yakin keupayaan Vingada

-

KUALA LUMPUR: Lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan percaya ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada mampu meningkatk­an prestasi skuad kebangsaan seandainya jurulatih kelahiran Portugal itu diberi lebih masa dan bukan mengharapk­an kejayaan segera.

Zainal Abidin, yang ditemui di Wisma Bernama selepas menjadi tetamu program ‘Nine 11’ terbitan Bernama News Channel (BNC) semalam, mengakui sudah ada peningkata­n dalam corak dan persembaha­n skuad kebangsaan dibawah kendalian Vingada.

Namun menurutnya, dalam bola sepak, keputusan dan kemenangan itu lebih penting dari segala- galanya dalam menilai kejayaan seseorang jurulatih.

“Saya rasa mereka perlukan masa untuk memperbaik­i segala kekurangan dalam usaha untuk mendapatka­n keputusan yang baik dan saya berharap satu prestasi yang baik ditunjukka­n oleh semua pemain kebangsaan,” katanya.

Anak buah Vingada kini berada di Hong Kong untuk satu lagi aksi Kumpulan B perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang pasukan tuan rumah di Stadium Hong Kong, hari ini.

Dalam pada itu, Zainal Abidin tidak menafikan keputusan yang bakal dicapai pada perlawanan menentang Hong Kong itu nanti akan memberi kesan kepada Vingada dalam keupayaan beliau untuk terus memimpin skuad negara.

“Kita harus sedar satu perkara iaitu beliau datang dari dunia dan budaya yang berbeza dari padakita.

“Beliau perlu memahami budaya kita dan semua pemain kebangsaan terlebih dahulu dan bukannya kita melantik beliau hanya untuk terus mendapatka­n kejayaan segera,” katanya.

Zainal Abidin, yang juga ketua jurulatih Pulau Pinang, berharap agar skuad kebangsaan bermain dengan sepenuh hati dan beraksi secara berpasukan dalam perlawanan menentang Hong Kong itu bagi mencerahka­n peluang untuk beraksi di pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Skuad negara ketika ini menduduki tangga tercorot Kumpulan B dengan mengumpul satu mata hasil keputusan seri 1- 1 menentang Hong Kong pada 5 Sept lalu di Stadium Hang Jebat dan tewas 1-2 kepada Lubnan pada aksi terdahulu (13 Jun). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia