Utusan Borneo (Sarawak)

Tiket separuh akhir pertama Piala Malaysia dijual Khamis

-

IPOH: Tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 antara Perak dan Johor Darul Ta’ zim (JDT) di Stadium Perak, Ahad ini akan mula dijual Khamis ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Ahmad Shahrul Azhar Sofian berkata penyokong boleh mendapatka­n tiket di kaunter stadium mulai jam 10 pagi.

Harga tiket untuk orang dewasa adalah RM25 untuk tempat duduk di pentas utama dan RM12 untuk tempat duduk terbuka manakala RM12 untuk kanak- kanak ( tempat duduk pentas utama) dan RM5.30 untuk tempat duduk terbuka.

Selain itu, katanya, PAFA juga akan membuka kaunter di beberapa daerah lain seperti Kuala Kangsar, Gerik, Taiping dan Teluk Intan bagi melancarka­n urusan penjualan tiket.

“Lokasi penjualan tiket di setiap daerah itu belum dimuktamad­kan lokasinya namun kita telah minta persatuan bola sepak di daerah yang dipilih itu untuk cari lokasi strategi.

“Selain itu, penjualan tiket secara dalam talian juga dibuka menerusi www.stubapp.com/,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Stadium berkenaan boleh memuatkan seramai 32,000 penonton.

Mengulas mengenai kuota tiket yang diperuntuk­kan kepada penyokong JDT, Ahmad Shahrul, yang juga pengurus pasukan Perak, berkata ia belum dimuktamad­kan dan masih dalam perbincang­an.

“Sebarang kata putus kita akan tahu dalam masa terdekat melalui perbincang­an yang akan dibuat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia