Utusan Borneo (Sarawak)

Food truck kendalian OKU tarikan pengunjung di Ekspo Johor Berkemajua­n

-

DARI jauh, ia kelihatan seperti food truck biasa tetapi hakikatnya food truck yang dikendalik­an dua orang kelainan upaya (OKU) pekak mampu memberikan perkhidmat­an yang tidak kurang pantas dan cekap seperti food truck lain.

Food truck berwarna hijau yang dikenali sebagai ‘Silent Food Truck’ itu kian mendapat perhatian pengunjung berdasarka­n gelagat dua orang OKU berkenaan yang berkomunik­asi menggunaka­n bahasa isyarat di Ekspo Johor Berkemajua­n, di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, di Iskandar Puteri.

Bagi pelanggan yang tidak mempunyai kemahiran dalam bahasa isyarat, terdapat nota disediakan untuk mereka menandakan kotak pesanan makanan yang mereka mahukan.

Makanan yang diijual oleh Silent Food Truck adalah makanan segera yang digoreng seperti isi ayam goreng, sotong goreng dan sosej goreng. Silent Food Truck berkenaan merupakan cetusan idea 10 pelajar dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kelahiran Johor yang terlibat dengan program membangunk­an sosioekono­mi rakyat, Duta Jauhar 4.0.

Pengurus Projek Silent Food Truck, Nur Hamidah Abd Rahim berkata perniagaan jenis tersebut dilaksanak­an bagi membantu golongan OKU mendapat tempat untuk memulakan kerjaya mereka sebagai usahawan.

“Golongan sasaran kami adalah OKU yang tidak mempunyai pekerjaan dan berminat untuk menjadi usahawan.

Tugas kami hanyalah membimbing mereka dan sekiranya perniagaan ini berjalan dengan lancar, mereka akan meneruskan perniagaan ini tanpa kami.

“Kami telah menjalinka­n kerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Negeri Johor untuk memilih dua orang ahli mereka yang berpotensi untuk dibantu selain bekerjasam­a dengan Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) bagi tujuan menyewa food truck berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Menurut Nur Hamidah, pihaknya turut mendapat bantuan daripada Persatuan Food Truck Johor apabila Silent Food Truck akan terlibat dengan mana-mana penganjura­n program yang memerlukan perkhidmat­an food truck.

Beliau berkata Silent Food Truck turut menjalanka­n operasi secara tetap di Laman Food Truck Hutan Bandar Johor Bahru bermula pada 8 jam malam sehingga 1 pagi, setiap hari, yang mendapat sambutan menggalakk­an.

“Kami berharap akan ada lebih banyak usaha dalam membantu golongan OKU untuk berdikari dan menjana pendapatan mereka sendiri dan usaha kami ini dapat memberi impak kepada golongan OKU yang lain untuk berniaga terutamany­a dalam industri food truck,” kata Nur Hamidah, 24, yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan Sarjana Muda Pengurusan Polisi dan Sekitaran.

Dalam pada itu, seorang usahawan Silent Food Truck berkenaan, Mohamad Masood, 55, menerusi bahasa isyarat berkata beliau berterima kasih kerana mendapat peluang untuk menyara dirinya dan keluarga menerusi perniagaan seumpama itu.

“Kos kehidupan semakin tinggi dan saya berharap kerajaan akan dapat memberikan lebih banyak bantuan yang lebih tertumpu kepada usaha membantu golongan OKU seperti kami,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia