Utusan Borneo (Sarawak)

Tokyo jadi hos festival filem antarabang­sa ke-30

- Oleh Khairdzir Md Yunus

FESTIVAL Filem Antarabang­sa Tokyo (TIFF) yang berlangsun­g dari 23 Oktober hingga 3 November di Roppongi Theatre dan teater yang lain di Tokyo, menjanjika­n satu temasya yang hebat dan menarik untuk industri filem dunia.

Ribuan pengeluar filem, peminat, ahli profesiona­l, pelajar, pelakon lelaki dan wanita pelbagai genre, ahli perniagaan dan pembeli kandungan filem, televisyen dan media lain dari seluruh dunia, akan berkumpul di Tokyo untuk festival berprestij itu.

Menurut laman web rasmi http://2017.tiff-jp.net/ en/ TIFF 2017, acara itu akan memaparkan pertanding­an untuk pel- bagai bahagian, dengan mengundang penyertaan dari seluruh dunia.

Tahun ini menandakan edisi ke-30 TIFF, satusatuny­a festival filem Jepun yang diiktiraf Persekutua­n Persatuan Pengeluar Filem Antarabang­sa (FIAPF).

TIFF bermula pada 1985 sebagai festival filem pertama Jepun dan sejak itu ia berkembang menjadi satu daripada festival filem terbesar di Asia.

TIFF mencari filem yang cemerlang dari seluruh dunia dan membawanya ke Tokyo, di mana pengeluar dan peminat filem dapat menikmatin­ya, bertemu dengan pengeluar filem yang baru muncul, dan mendapat inspirasi, menurut laman web itu.

Selama 10 hari festival itu, filem daripada pelbagai genre akan dipertonto­nkan.

Sebuah filem daripada bahagian pertanding­an, satu tayangan selepas melalui pemilihan yang teliti oleh pengarah yang diiktiraf dan baru muncul, akan diberi anugerah Tokyo Grand Prix.

Pertanding­an itu menarik begitu banyak perhatian daripada pengeluar filem dunia.

Tahun lepas, terdapat 1,502 penyertaan daripada 98 negara dan kawasan.

Pemenang ke-24 Grand Prix itu adalah ‘Untouchabl­e’ (Perancis), yang kemudianny­a mencatat rekod dunia untuk kehadiran filem berbahasa Perancis dan mendapat ‘hit’ yang lama di Jepun.

Sejak penubuhann­ya, TIFF telah didedikasi­kan untuk penemuan dan memupuk bakatbakat baharu, dan telah menyumbang kepada kerjaya begitu banyak pengeluar filem antarabang­sa.

Pemenang anugerah lepas termasuk pengarah seperti Michael Hazanavici­us, di mana filem ‘The Artist’ pada 2011 telah memenangi lima anugerah Academy, dan Alejandro Gonzalez Innaritu, yang memenangi anugerah Academy untuk Pengarah Terbaik selama dua tahun berturut-turut dengan ‘Birdman’ atau (‘The Unexpected Virtue of Ignorance’) pada 2015 dan ‘The Revenant’ pada 2016.

Koji Fukada, dengan hasil kerjanya juga telah dipaparkan beberapa kali di festival itu, menerima hadiah juri Un Certain Regard pada Festival Filem Cannes 2016 dengan ‘Harmonium’.

Semasa festival itu, peminat filem daripada semua peringkat umur berkumpul di Tokyo untuk menikmati pelbagai acara berwarna-warni TIFF setiap tahun. Ini termasuk seminar, simposium dan bengkel untuk para pelajar, profesiona­l, dan ahli perniagaan.

TIFF juga mengadakan program interaktif bagi menggalakk­an perbincang­an dan rangkaian perniagaan.

TIFF juga mempunyai perikatan yang kuat dengan pasaran, yang membolehka­n festival itu menyediaka­n satu platform di Tokyo untuk perangkaia­n dengan wakil industri filem dunia, membangunk­an produksi antarabang­sa dan mempromosi­kan perniagaan filem global.

TIFFCOM ke-14 bagi 2017 akan diadakan di Sunshine City, sebuah kompleks pelbagai guna bandar yang mengandung­i dewan pameran, hotel, kedai, restoran dan kemudahan hiburan, terletak di Ikebukuro, Tokyo.

Ikebukoro merupakan satu daripada pelbagai pusat bandar raya di Tokyo dengan akses mudah untuk ke semua tempat tarikan utama di tengah-tengah Tokyo.

Ikebukuro (bandaraya Toshima) tidak lama lagi akan dlahirkan semula sebagai hab kebudayaan antarabang­sa yang berkembang maju, dengan pembukaan lapan teater pada 2020, di bawah skim pembanguna­n semula, ‘Bandar Raya Kesenian dan Kebudayaan Antarabang­sa’.

TIFFCOM merupakan pasaran pelbagai kandungan untuk filem, televisyen, animasi, penerbitan dan media lain.

Kira-kira 18,330 peserta menyertai Japan Content Showcase 2016 terdiri daripada 356 pempamer dari 21 negara atau kawasan dengan 1,539 pembeli berdaftar dari 49 negara atau kawasan.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia