Utusan Borneo (Sarawak)

Saudi Aramco buka pejabat di India untuk perluas perniagaan

-

KUALA LUMPUR: CIMB Group mendapat pengiktira­fan baru- baru ini atas keupayaan kukuhnya dalam antara lainnya perbendaha­raan dan pasaran dan perbankan urus niaga, menerusi 15 anugerah tempatan dan serantau yang diraihnya.

Di bawah kategori ‘Country House of the Year’ Anugerah Asia Risk Magazine 2017, CIMB merangkul anugerah bagi Malaysia bagi 12 tahun berturut-turut dan bagi Indonesia bagi enam tahun berturut-turut atas komitmenny­a ke arah menambah baik pengurusan risiko melebihi paras minimum yang ditetapkan oleh pengawal selia tempatan, kata bank itu dalam satu kenyatan kelmarin.

Selain itu, kumpulan tersebut juga menerima 10 peng- hargaan dalam pelbagai kategori di Anugerah Perbankan Persendiri­an, Pengurusan Harta dan Pelaburan Asset Triple A 2017, yang mengiktira­f institusi pengurusan harta utama serta institusi kewangan utama yang terlibat dalam produk derivatif dan berstruktu­r di Asia Pasifik.

“Kami berbangga menerima anugerah-anugerah ini dan amat berterima kasih di atas undi percaya daripada pelanggan kami di seluruh ASEAN.Sebanyak 15 anugerah dalam pelbagai kategori itu benar-benar mencermink­an fokus utama CIMB dalam menambah baik pengalaman pelanggan kami, yang bagi kami bukan satu destinasi tetapi satu perjalanan,” kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dalam kenyataan itu.

Bank tersebut, katanya, percaya pengurusan perbendaha­raan dan perbankan urus niaga yang berjaya memerlukan bukan hanya pemahaman mendalam tentang keperluan pelanggan tetapi juga pelaksanaa­n yang lancar yang sentiasa disokong oleh pakarpakar sektor di bawah Model Operasi Serantau CIMB, yang dibantu oleh rangkaian kukuhnya di ASEAN.

CIMB juga membolot tiga anugerah di Anugerah Bank Terbaik Asiamoney ( Malaysia) 2017 dan Anugerah Pilihan Pelanggan Korporat Asiamoney 2017, dengan memperoleh 1,500 undi dalam kalangan pegawai perbendaha­raan korporat Asia. — Bernama NEW DELHI: Saudi Aramco membuka pejabat di India bagi anak syarikatny­a yang baru untuk mengembang­kan perniagaan­nya dalam pasaran eksport tenaga Arab Saudi.

Pejabat yang terletak di Gurgaon, berhampira­n New Delhi, telah dirasmikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Saudi Aramco Amin H. Al Nasser serta Menteri Petroleum dan Gas Asli India Dharmendra Pradhan pada Ahad.

“India lebih daripada pelanggan yang dihargai atau pembekal utama perkhidmat­an dan bahan. Hari ini, India adalah keutamaan pelaburan,” kata Al Nasser dalam satu kenyataan syarikat.

Saudi Aramco secara rasmi berada di India pada 2016 melalui anak syarikatny­a, Aramco Asia India (AAI), dan akan terlibat dalam pembanguna­n perniagaan serta perkhidmat­an teknikal, kejurutera­an dan pemasaran gas petroleum cecair (LPG) dan minyak mentah dari pejabat baru itu, menurut Kementeria­n Petroleum dan Gas Asli India.

Syarikat tenaga Saudi itu berkata peluang perniagaan baharu menunggu untuk diterokai daripada sinergi berpotensi antara Saudi Aramco dan entiti India dengan Aramco Asia India menyediaka­n hubungan strategik penting antara ibu pejabat syarikat di Dhahran dan New Delhi.

Arab Saudi adalah pembekal kedua terbesar minyak mentah ke India selepas Iraq dan menyumbang 19 peratus daripada import minyak mentah India dan 29 peratus daripada import LPG. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia