Utusan Borneo (Sarawak)

KUD 2017 kini kembali lagi, sasarkan RM13 juta jualan

Karnival dwi tahunan berlangsun­g 19-22 Oktober di PWTC

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

PETALING JAYA: Bersempena dengan Karnival Usahawan Desa 2017 (KUD 2017) yang dijadual berlangsun­g minggu hadapan, Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyasarka­n jualan sebanyak RM13 juta sepanjang empat hari tersebut.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, sasaran 13 juta tersebut adalah termasuk jualan secara langsung kepada pengunjung dan padanan perniagaan antara pihak industri sama ada dalam serta luar negara.

“Karnival dwi tahunan ini akan berlangsun­g mulai 19 hingga 22 Oktober di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Bertemakan ‘Usahawan Desa Produk Global’, KUD 2017 kali ini akan melibatkan melibatkan 732 gerai pameran,” pada sidang media Majlis Prapelanca­ran KUD 2017 di pekarangan Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi.

Tambah Ismail Sabri lagi, KUD 2017 kali ini berbeza dengan tahun yang sebelumnya kerana KKLW telah mengenal pasti usahawanus­ahawan yang berpotensi untuk dikembangk­an perniagaan mereka dengan memberi bimbingan yang diperlukan.

“Usahawan ini merupakan usahawan di luar bandar yang KKLW kenal pasti untuk diketengah­kan produk dan perkhidmat­an mereka ke bandar dan kita cuba bawa mereka ke pasar raya besar dan seterusnya ke pasaran global yang lebih luas dengan penyertaan ke karnival dan ekspo di luar negara.

“Selain itu juga pada kali ini kita memperkena­lkan buat pertama kalinya Trade Day iaitu sebagai platform jaringan perniagaan antara pihak industri bersama pasar raya besar, pemasar dan pembeli bersama usahawan desa,” katanya.

Majlis Perasmian KUD 2017 akan disempurna­kan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, pada hari Jumaat, 20 Oktober 2017.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web KKLW www. rurallink.gov.my, Facebook rasmi Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah atau Instagram Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah iaitu kklw_gov dan twitter rasmi kementeria­n iaitu kklw_gov.

Tagline bagi KUD 2017 adalah Usahawan Desa Produk Global, manakala hashtag KUD 2017 pula adalah #supportloc­al

 ??  ?? LANCAR: (Dari kiri) Alexander Nanta dan Ismail Sabri pada majlis Prapelanca­ran KUD 2017 di pekarangan Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, semalam.
LANCAR: (Dari kiri) Alexander Nanta dan Ismail Sabri pada majlis Prapelanca­ran KUD 2017 di pekarangan Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia