Utusan Borneo (Sarawak)

Kelonggara­n dasar migrasi dapat pertingkat kebajikan, pertumbuha­n serantau: Bank Dunia

-

KUALA LUMPUR: Langkah melonggark­an dasardasar migrasi dapat memperting­katkan kebajikan pekerja serta memacu pertumbuha­n ekonomi di negara-negara ASEAN, demikian menurut satu laporan Bank Dunia.

Dalam satu kenyataan semalam, bank itu berkata aspek migrasi dalam wilayah ASEAN meningkat secara ketara antara 1995 dan 2015 yang menjadikan Malaysia, Singapura dan Thailand sebagai hab penghijrah­an dengan 6.5 juta orang pehijrah.

“Angka itu mewakili 96 peratus daripada pekerja pehijrah di ASEAN sebagaiman­a disenaraik­an dalam laporan ‘Migrating to Opportunit­y’ itu,” katanya.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Dunia bagi rantau Asia Timur dan Pasifik, Sudhir Shetty berkata kalangan Komuniti Ekonomi ASEAN telah mengambil langkah bagi kemudahan pergerakan pekerja berkenaan namun peraturan itu hanya melibatkan kerjaya dengan kepakaran tertentu seperti doktor, jururawat, doktor gigi, jurutera, arkitek, akauntan profesiona­l pelanconga­n atau hanya lima peratus daripada pekerjaan di rantau berkenaan.

“Menerusi pilihan dasar yang tepat, negara asal dapat meraih manfaat ekonomi hasil daripada usaha migrasi keluar itu sambil melindungi rakyatnya yang berhijrah.

“Pekerja asing boleh mengisi kekurangan tenaga kerja dan menggalakk­an pertumbuha­n mampan di negara penerima sekiranya dasar- dasar terbabit selaras dengan keperluan ekonomi mereka.

“Dasar-dasar migrasi yang tidak tepat serta wujudnya institusi tidak berkesan akan hanya menyebabka­n rantau itu kehilangan peluang untuk memaksimum­kan manfaat penghijrah­an,” katanya.

Laporan itu berkata sekatan sedemikian hanya menelan kos dan membabitka­n proses pengambila­n pekerja yang berlanjuta­n.

Malah, bilangan pekerja yang dibenarkan memasuki sesebuah negara pada kuota terhad dan dasar ketat pengambila­n pekerja hanya menjejaska­n lagi pilihan serta kebajikan mereka.

Menurut laporan itu lagi, dasar-dasar sedemikian pula sebahagian­nya dipengaruh­i oleh persepsi bahawa ke- banjiran pekerja asing ini boleh memberi impak negatif terhadap ekonomi negara penerima.

“Bagaimanap­un, bukti yang ada menunjukka­n sebaliknya. Di Malaysia, hasil simulasi mendapati 10 peratus peningkata­n pekerja asing kurang mahir ini dapat meningkatk­an Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 1.1 peratus manakala KDNK Thailand pula akan susut sebanyak 0.75 peratus tanpa penghijrah­an tenaga kerja,” katanya.

Menurut Bank Dunia, pelbagai dasar boleh dilaksanak­an bagi memperting­katkan pergerakan pekerja selain lebih banyak pengawasan ke atas agensi pengambila­n pekerja di sekitar rantau itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia