Utusan Borneo (Sarawak)

Forum Perniagaan Antarabang­sa MARA OISCA kembangkan lagi potensi usahawan Bumiputera

-

KUALA LUMPUR: Forum Perniagaan Antarabang­sa MARA OISCA (MOIBF) di Kota Kinabalu, Sabah pada 14 dan 15 November ini dijangka mengukuh dan mengembang­kan lagi potensi dan peluang usahawan Bumiputera ke peringkat antarabang­sa, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakya (MARA), Datuk Dr Awang Adek Husin.

Selain itu, beliau berkata, forum berkenaan dijangka menambah syarikat Bumiputera yang bekerjasam­a dengan syarikat Jepun dengan nilai perniagaan mencecah lebih RM200 juta.

“Jadi hasil MOIBF ini sudah dapat dilihat dan dijangka meningkat lagi. Kerjasama ini penting supaya golongan usahawan dapat memupuk rangkaian, supaya perniagaan dan usaha sama pelaburan dapat ditingkatk­an,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pra-Pelancaran MOIBF kali keenam, di sini semalam.

Menurut kenyataan akhbar penganjur, kerjasama antara MARA dan OISCA bertujuan meningkatk­an keupayaan teknikal dan keusahawan­an dalam kalangan belia dan juga usahawan Malaysia.

Melalui kerjasama ini, graduan Bidang Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) dari MARA akan melalui Pusat Bahasa Jepun MARA OISCA di Institut Perindustr­ian MARA-Jepun untuk melanjutka­n pengajian dan latihan praktikal di Jepun.

Sementara itu, Awang Adek berkata, antara tumpuan forum dua hari itu ialah sesi perbincang­an antara pakar dalam bidang berkaitan dari Malaysia iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia, Datuk Azman Mahmud, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pembanguna­n Ekonomi Sabah, Datuk Dr Mohd Yaakub Johari dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, Datuk Dr Hafsah Hashim.

Menurutnya, turut menjadi tumpuan ialah sesi pemadanan perniagaan antara kedua-dua negara bagi memudahkan hubungan perniagaan, perdaganga­n dan pelaburan di samping menggalak perkongsia­n teknologi dan penyelesai­an perniagaan.

“MOIFB juga akan memberi penekanan kepada perniagaan sektor berasaskan pertanian, makanan dan minuman (F&B) dan pelanconga­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia