Utusan Borneo (Sarawak)

Universiti UCSI Sarawak menang besar pada Culinaire Malaysia 2017

Pelajar Hospitalit­i dan Seni Kulinari raih 9 pingat emas, 3 perak, 6 gangsa

-

KUCHING: Pelajar Hospitalit­i dan Seni Kulinari, Universiti UCSI kampus Sarawak berjaya meraih sembilan pingat emas, tiga pingat perak, enam pingat gangsa dalam pertanding­an Culinaire Malaysia 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam acara selama empat hari pada 26 hingga 29 September itu, pasukan terdiri daripada 19 pelajar menyertai Kategori ‘Hot Cooking’, Kejohanan Barista dan Kejohanan Mocktail.

Kategori Hot Cooking merangkumi empat pengkhusus­an berbeza iaitu hidangan utama makanan laut/ ikan, hidangan utama ayam itik, makan utama salmon dan hidangan etnik Melayu.

Salah seorang pemenang pingat perak, Kingsley Chuo yang merupakan pelajar Diploma Seni Kulinari tahun kedua, melahirkan penghargaa­n kerana diberi peluang untuk menyertai acara berprestij tersebut.

“Saya banyak belajar melalui pertanding­an ini kerana ia memberi saya banyak pendedahan dan membolehka­n saya mendapat pengalaman.

“Atas peluang ini dan bimbingan yang berterusan yang saya terima daripada pensyarah, saya dapat membawa pulang pingat dan membawa kebanggaan kepada universiti saya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ketua Jabatan Hospitalit­i dan Seni Kulinari William Anthony berkata, kemenangan itu yang memerlukan usaha gigih bagi menghasilk­an keputusan cemerlang, amat membanggak­an UCSI Sarawak.

“Pada pandangan saya, yang paling penting untuk dilihat adalah perjalanan pertanding­an merupakan satu proses, bukan pengakhira­n.

“Kejayaan atau kekalanan sesiapa merupakan satu lagi batu loncatan ke peringkat seterusnya. Jadi nasihat saya kepada sesiapa yang ingin membangunk­an kemahiran cemerlang, sama ada dalam seni kulinari atau tidak, adalah untuk tidak menumpukan hasil sekarang; tetapi fokus dengan apa yang telah diraih dan bagaimana anda dapat terus berkembang,” katanya.

Pertanding­an seperti itu memberi platform yang hebat untuk memaparkan pengetahua­n dan kemahiran yang dimiliki pelajar selama bertahun-tahun belajar di UCSI.

Panel hakim yang berpengala­man dapat memberikan analisa kritikal dan maklum balas terhadap prestasi pelajar pada akhir setiap kategori yang telah mereka sertai.

Dengan cara itu, pertanding­an dapat menjadi sumber penilaian diri yang berguna untuk pelajar yang tidak dapat dielakkan membantu memupuk pengalaman dan kemahiran mereka.

Kakitangan dan pelajar UCSI merasakan usaha mereka adalah berbaloi dan mereka berharap untuk mengambil bahagian dalam lebih banyak pertanding­an masakan pada masa akan datang. KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai LPI Capital Bhd (LPI) bagi tempoh suku ketiga 2017 (S317) meningkat sebanyak 18.1 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM115 juta berbanding RM97.4 juta, sebelum ini.

Perolehann­ya untuk S317 juga meningkat kepada RM406.78 juta daripada RM363.52 juta yang dicatat pada S316, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Syarikat insurans itu menyifatka­n peningkata­n keuntungan pada suku berakhir 30 Sept, 2017 adalah hasil sumbangan pertumbuha­n keuntungan diraih segmen insurans am.

“Keuntungan itu meningkat sebanyak 20.4 peratus tahun ke tahun kepada RM102.8 juta daripada RM85.4 juta sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, keuntungan segmen taja jaminan untuk S317 menokok sebanyak 19.9 peratus tahun ke tahun kepada RM83.6 juta daripada RM69.7 juta sebelum ini, sebahagian besarnya dipacu oleh pertumbuha­n pendapatan bersih premium dan peningkata­n rizab premium tidak diraih (UPR) dalam suku tersebut.

Menurutnya, ini disebabkan oleh semakan semula anggaran pengiraan UPR serta gabungan nisbah lebih rendah sebanyak 63.9 peratus.

Perolehan LPI bagi tempoh selama sembilan bulan turut bertambah kepada RM1.1 bilion berbanding RM1.02 bilion dalam tempoh sama tahun lepas namun keuntungan sebelum cukainya susut 28.9 peratus tahun ke tahun kepada RM293 juta daripada RM412.1 juta, sebelum ini.

Ia menyifatka­n penyusutan itu disebabkan oleh penurunan keuntungan sebelum cukai oleh segmen pelaburann­ya kepada RM29.1 juta daripada RM178.6 juta.

Ini kebanyakan­nya disebabkan oleh perolehan sekali sebanyak RM150.4 juta daripada jualan ekuitinya pada tempoh sama, tahun lepas.

“Bagi kemajuan masa depan, kami melihat teknologi sebagai faktor utama yang akan mempengaru­hi industri insurans dengan kewujudan perubahan serta peningkata­n peralihan dalam jangkaan pelanggan,” katanya.

Sehubungan itu, unit LPI, Lonpac Insuran Bhd, telah menubuhkan sebuah jabatan strategi digital untuk memanfaatk­an teknologi dalam usaha pengedaran produk dan memperting­katkan perkhidmat­an kepada para pelanggann­ya.

“Kami yakin pelaburan dalam teknologi ini dapat membolehka­n kami untuk terus mengembang­kan segmen perniagaan dan mengukuhka­n lagi kedudukan dalam pasaran.

“Malah, bersandark­an peningkata­n ekonomi Malaysia serta pembanguna­n infrastruk­tur oleh kerajaan secara berterusan, kami percaya kumpulan ini dapat mencatat prestasi lebih baik pada suku akhir tahun ini,” katanya. — Bernama

 ??  ?? TAHNIAH: Para pelajar dan kakitangan Universiti UCSI merakam kenangan pada Culinaire Malaysia 2017.
TAHNIAH: Para pelajar dan kakitangan Universiti UCSI merakam kenangan pada Culinaire Malaysia 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia